Hutan Rimba Komenwel
.
Cuti ni tak kemana mana cuma dekat dekat sekitar Rawang sahaja. Nak buat macam mana keadaan tak mengizinkan sebab keluarga tak sihat. So aku pun ajaklah anak anak aku yang empat ni ke Hutan Rimba Komenwel. Sebenarnya aku dah tinggal di Rawang dah lebih 8 tahun dan inilah pertama kali aku menjejak kaki ke hutan rimba ni. Niat dah lama nak datang tapi tak tergerak hati. Yang membuatkan aku teruja nak kesini
sebab aku ada membaca majalah LIBUR yang menunjukkan taman rekreasi yang ada kuda kuda untuk di tunggangi. jadi aku pun ajak lah anak anak aku untuk naik kuda. Di mana silap aku pun tak tahu rupa rupanya seekor kuda pun tak ada. Memang hampeh........ Rupa rupanya terdapat chalet di sini dan kawasan di sebalik bukit adalah sebuah taman yang siap untuk orang berkemah. Ok lah juga. masa kami ke sana adalah beberapa budak2 sekolah datang untuk berkemah bersama sama dgn guru guru mereka. Bagi aku tempat ini kurang publisiti dan perlu di majukan lagi. Suasana nyaman dan damai cuma need somebody yang creative untuk hidup kan suasana yang damai dan harmoni ini. Kalaulah aku menjadi Menjadi Menteri kebudayaan dan Perlancungan, tahulah apa aku nak buat. Sayangnya kita ada so many morons yang membimbing kita....hhhhmmmmmm. Aku harap anak anak aku tak lah terkilan kerna tak dapat menunggang kuda. Aku pun terasa terkilan gak. Sure depa ingat aku tipu depa ni.






Comments

Popular posts from this blog