Hotel Booking - Hotel Artefes

Entahlah kali ni nak booking hotel di Istanbul area Sultan Ahmad or Taksim memang susah. Aku pun hairan. Penat aku dan Azam search di internet untuk book hotel. Dari hotel murah, single room, double room, 3 stars, 4 stars dan sebagainya masih gagal untuk mendapatkan. Azam dia fikir senang aje...jom kita walk in aje. Aku pulak jenis nak settle semua dulu baru tak pening. If not buang masa aje asyik masuk hotel keluar hotel tanya ada kosong tak. kalau jalan lenggang kangkong tak apala. Tapi ni dengan beg beso dok menarik macam akedemi fantasia mahu penat satu badan.

So aku terus mencari hotel dan dapat lah the only double room available di hotel artefes. Harganya pun boleh tahan saja. Terbeliak juga biji mata bila melihat harga tersebut. Lihat pada laman web memang nampak cantik design ala american home gitu. So dalam hati kami mesti bilik tu cosy and sarat dengan antik furniture.

Sampai saja di hotel, receptionist kata after 12 boleh check in. So kami ronda dulu dan suruh dia org masuk terus beg ke bilik kalau kami lewat tiba. So after penat berjalan lebih kurang 2 hours after that kami pun baliklah untuk membelai diri, mandi dan siap nak pegi makan. Bila dapat aje kunci memang excited habis. Bila buka pintu aje terus perasaan syok tu jadi suram. Orang kata anti climax gitu......rupanya indah khabar dari rupa dan bilik nampak stuffy sangat. Memang unsangkarable.......Aku pandang Azam dan Azam pandang aku kami dua dua ketawa....Bilik nya pulak kecil aje.

Sebelom tu aku ada kata kat Azam kalau tak dapat hotel jugak elok kita iktikaf aje di anjung Blue Mosque. Kita pasang niat iktikaf........

Comments

Popular posts from this blog