Whydah Finch and Javanese Sparrow
.
Dulu masa kecil kecil aku selalu ikut dia pergi memikat burung. Aku tukang ikut aje tapi dia lebih bijak. Pernah satu ketika kami bela banyak jenis burung merpati. Dari fantail ka jacobine dan sebagainya. Kalau tak silap aku ada lebih kurang 15 jenis merpati semuanya. Pada masa tu aku masih lagi bersekolah menengah. Balik dari sekolah dan waktu cuti, tempat aku pada lau burung ini lah. Boleh duduk berjam jam melihat ragam burung merpati. Tapi apabila aku dah ke luarnegara untuk sambung belajar, semua burung burung tersebut telah di curi dan mati.
.
Sekarang abang aku dah nak commercialisekan menternak burung. Dia minat sangat oklah lagi pun rumah mertuanya memang luar. Bukan macam rumah aku yang sekangkang kera. Semua nak taruk. Last last semak samun. nampak gaya burung love birds, zebra finch and budgies dah menampakkan hasil. Oklah tu.... Aku pun terinin juga nak bela tapi buat masa sekarang harus di lupakan sahaja niat tuh. masa di Turkmenistan nayris nyaris aku nak beli burung untuk di jadikan pet dlam bilik aku. Sekarang dah ada dua ekor kucing maka niat tu terpaksa di batalkan nanti jadi mangsa kucing pula.
Comments