Buying More Books

Pagi tadi aku ke KL sebab ada beberapa benda yang aku nak cari. Pertama sekali aku nak cari aku nak ke LowYat untuk beli external hard disk and web cam. External hard disk ni sebab senang untuk aku storekan semua gambar gambar yang aku ambil. Webcam pulak supaya senang aku nak chat dengan anak anak aku seta isteri. Bila lihat wajah mereka secara live seronoklah sikit. Cuma tak ada physical touch aje. Keduanya aku nak ke MPH nak cari dictionary russian english for easy communication. So selepas aku ke Lowyat aku ajak Ubai ke Starhill pulak sebab nak cari kedai buku. Jalan punya jalan terserempak kedai buku Bourders. Apalagi terus masuk lah. Masalah aku ni ialah pantang nengok buku. Kadang tak baca pun tapi jadi hobi untuk kumpul buku...hehehhe...orang kata biar ada senang bebila nak baca.


Jadi aku beli buku ini untuk my general knowledge and memang ada hati nak bela pun burung burung ni. Tapi not now. Lagi pun saja aje beli mana tau abang aku teringin buku ni. Boleh lah dia pinjam buat tambah ilmu sama untuk bisness burung dia tu.


This my easy russian dictionary. Orang kata at least kena lah tau beberapa ayat supaya tak sesat di negara orang. Tak kan hanya tau perkataan 'nyet' and 'spaciva' aje. Aku memang berazam ni untuk belajar simple languange. Doa kan supaya tak jadi pekasam. At least sebelum tido tu dapatlah hafal dua tiga ayat kan. Member aku yang lain dah terer dah russian ni. Cakap tak adalah macam ayo tapi bolehlah kalu nak tawar mentawar masa membeli belah. Taklah macam aku satu habuk pun tak tau.

Dan lastly aku beli buku novel ni. Bukan apa cuma nak cari idea skit skit untuk aku nak jadi novelist...hehehehehe...cita cita yang tak tercapai lagi. Entah bila terjadi tak tahulah. Tapi azam tetap ada. Sebenarnya aku tak pernah baca karangan makcik ni. Tapi nampak macam interesting aje. Jadi aku belilah sebab beli 2 dapat free 1. Aku lebih tertarik untuk membaca novel author lelaki sebab senang di faham. Simpale vocab and precise. Compared to author perempuan yang banyak menggunakan vocab yang hebat hebat serta bahasa yang comlicated, bagi aku yang tak berapa pandai baca omputih ni. Anyway orang kata lets try kan. belum cuba belum tahu...jadi nanti aku mula. So my next trip aku dah bawa six novels for me to finish for my next assignment. Wow macam macam plan ni.....

Comments

Anonymous said…
kekeke.. nyet speak russian!! Aku doa kan sekali cepat pandai, nanti bila sampai sana, hang tolong tawarkan rega2 bagi murah skit :) -dzul-
Abu Ikhlas said…
Aiyooooo...gua tak mola lagi pon...hehehehe

Popular posts from this blog