Last week aku ajak Hadi ke KL. Sementara tunggu Ubai sampat kat perhentian Putra kami ronda ronda ke Jalan TAR. Ingat nak beli carpet. Aku singgah di kedai satu tu dan terus belek belek karpet. Bila rumah dah luas bilangan carpet pun bertambah. Belek punya belek aku beli dua helai karpet. Tawar punya tawar aku dapat RM1300. Besar jugalah carpet ni. 6 tahun lepas aku beli carpet yang serupa di City Square dengan harga RM1000 sekeping. Kira yang aku beli ni murah la. Tapi tak pakai lagi sebab rumah masih berdebu dan belum siap. Agaknya raya baru pakai kot.
Regent Park Mosque London Setiap hari Khamis malam Jumaat aku akan ke London untuk ke Algate East Mosque, Christian Street, London. Masjid ini dahulunya adalah synagogue. Apabila komunity Islam sudah bertambah di kawasan ini, terutamanya warga Bangla, maka ramai orang orang Yahudi yang berpindah ke North London. Selalunya aku akan terus dari kelas ke sana yang memakan masa selama 30 minit by train. Kadang kadang ada member teringin nak ikut tapi selalunya aku seorang lone ranger aje. Di samping dengar bayan sekali sekala seronok juga boleh jumpa dan borak dengan member2 yang lain. Di sinilah aku selalu jumpa Abang Qasim aku tuh. Kalau aku dah penat dan rasa dah lewat untuk pulang ke rumah, aku iktikaf aje di masjid. Kalau aku iktikaf Abang Qasim lah yang selalu sediakan bistra untuk aku. Sayang dia kat aku...hehehehe. Esok paginya kadang aku terpaksa ponteng kelas sebab lewat. Lagi pun subjek tu bukanya ada exam pun. Jadi week end sahaja aku selalu lepak di rumah member member aku yan...
Comments