Mandi Manda di Hulu Yam






Dalam aku sibuk walau macamana pun aku tetap kena beri masa untuk anak anak aku walau seketika. Wife aku kata bawalah bebudak tu ke Hulu Yam pegi mandi manda. Jadi hari Khamis lepas aku pun ajak anak nak aku pergi. Yang beso dah tak nak ikut. Cuma Ikhlas, Adah dan Yusuff saja yang beria beno nak ke sana. Pagi lagi pukul sembilan aku bawa mereka pergi. Air bukan main sejuk. Aku nak mandi pun rasa tak sanggup nak berendam.
.
Sebentar kemudian aku nampak semakin ramai orang yang datang. Maklumlah cuti sekolah. Tetiba aku nampak family ni datang bawa dua ekor anjing untuk mandi manda. Bagi aku perkara ni no hal. Aku tak naklah jadi orang Islam yang jakun hukum kan. Tapi aku dah agak mesti ada orang yang jakun agama nak komplen. Tetiba datang senior citizen suami isteri membawa cucu cucu mereka berkelah. Aku pun bersalam dan bertegur sapa juga lah. Tetiba dia ternampak keluarga tadi yang memandikan anjing mereka. Kemudian dia kata cam ni kat aku. "Apalah dia orang ni mandikan anjing. Tak faham ke". Aku tak menjawap dan terus berkata kata di dalam hati aku, " Alahai apasal lah masih ada orang jakun agama?". Kadang tu di Malaysia, agama Islam telah di budaya Melayukan. Itu yang susah sangat. Kasihan pada pengantin lelaki yang terpaksa berulang ucap lafaz nikah smapi lebih 10 kali just because nak perfectkan sebutan....hhhhhmmmm...entahlah. Agama adalah untuk memudahkan kehidupan dan bukan untuk menyusahkan.

Comments

Popular posts from this blog