Baru Nak Blogging Semula
Sudah hampir dua minggu aku bercuti. Masa berjalan terlampau pantas bagai sekelip mata. Niat di hati memang merindui untuk update blog aku ni. Kadang risau jugak blog aku ni dah jadi ketegori sawang lelabah. Mahu tak mahu semangat kena kuatkan selalu. Banyak cerita yang aku nak kongsi di sini and harap harap semunya aku dapat terapkan di sini. Oleh kerana masa terlalu suntuk sebab selasa aku dah nak balik ke negara ajaib, insyaallah semua tulisan dapat di laksanakan.
.
Masa balik hari tu pada 3th June, semangat memang dah berkobar kobar untuk meninggalkan negara ni. Sehari aku minta Murad tolong melayan permintaan aku. Tepat pukul 5 petang aku sudah berada di airport. Dengan amat terperanjat flight delay sehingga pukul 3.00 pagi. Alamak, memang aku tension. Flight ni kalu dah delay memang compom tak ada supply hotel and makanan Maklumlah low class punya airline. Aku call Murad suruh dia hantar aku semula ke staff house. Pukul 12.30 pagi buta Murad datang menjemput aku semula ke airport. Sampai saja kat san rupanya further delay until 5.00 in the morning. Rupanya flight delay for 12 hours. Aku lepak aje kat airport dengan member member yang lain walau mata aku teramat mengantuk.
.
Itu pun tak sure bila waktu yang tepat untuk berangkat. Aku dah terlepas connecting flight ke Kuala Lumpur from Bangkok. Finally about 6.30 morning baru kapalterbang berlepas. Dalam flight aku letak aje kepala dan erus tido. Aku sampai Bangkok pada pukul 2 petang and terus berlari ke transfer kaunter untuk booking the next available flight. Alhamdulillah aku dapat tukar tiket tanpa further charge. Mujur flight aku bukan MAS. Kalau tidak kena aku bayo penalty lagi RM150. Aku dah call Abe sebelum tu suruh dia call wife aku tak perlu ambil aku kat airport sebab flight delay. Sampai saja KLIA aku terus ambil teksi untuk pulang ke rumah. Rasa macam nak terbang aje.....
Comments