A Visit To Sg Buluh
.
Last week aku ke Sungai Buluh. Niat di hati nak beli pasu besar untuk aku semai pokok kemboja. Akhirnya aku lupakan saja hajat tersebut. Aku cuma beli sepohon anak pokok kedondong sahaja yang belum lagi di tanam. Oleh kerana rumah pun tak siap lagi elok aku releks dulu.


Pokok bunga kertas ni pun hampir Rm6o. Mahal bukan main. Tapi memang cantik merendang. Nak cari yang biasa di jual satu beg RM5 pun dah susah dan semuanya semakin meningkat harga.


Bunga Antorium ni lebih besar dari tapak tangan aku. bila nengok memang aku rasa luar biasa sikit pokok ni. Saja aku tanya harga rupanya RM 60. mahalnya mak datuk. Nanti murah lah tu. Aku rasa benih ni datang dari Thailand.



Inilah pasu pasu yang aku belek belek dan tak jadi nak beli. Harganya sekarang semakin melampau lampau. Aku rasa baik aku tanam di atas tanah saja pun cantik. Tapi dengan Yusuf yang lasak ni aku kena berhati hati bila tanam di tanah. Nanti semuanya boleh jadi tunggang langgang di kerjakan oleh yusuf.

Comments

Popular posts from this blog