Sg Buluh - Himpunan Rimbunan Pelbagai Tumbuhan
.
Sg Buluh adalah tempat terdapatnya pelbagai tumbuhan hiasan samada hiasan dalaman atau luaran dan juga segala keperluan untuk lanskap taman atau laman persendirian. Aku suka tempat ini sebab mendamaikan dan mempersonakan. Apabila di sini aku bisa menghabiskan masa berjam jam tanpa di sedari. Aku tak akan berlalu begitu sahaja tanpa membeli pokok, baja, tanah dan sebagainya. Kalaulah halaman rumah aku seluas mungkin sudah pasti akan aku jadikan ia sebagai taman idaman inderaloka. Tunggulah mana tau tetiba aje dapat duit dari langit.....ha baru terkejut. Anyway mari kita lihat apa yang ada di sana.
Ini species pokok halia bara. Terdapat dua warna iaitu pink dan merah. Ia boleh tumbuh sehingga empat kaki dan mengeluarkan bunga yang menarik. Elok di tanam di tanah atau pada pasu yang besar. Perlu matahari yang tak terlalu terik dan begitu sensitif pada jenis baja.

Ini periuk kera. Oleh kerana pokok ini sudah di komersial kan, aku turut bersedih kerana kera kera di hutan kekurangan periuk untuk masak sebab semua manusia telah merampas periuk mereka. Nak beli tak murah dalam lingkungan RM15 sahaja. Periuk pun terdapat dalam berbagai jenis saiz.
Aku tak tahu nama pokok ini tapi bagus untuk di jadikan climbers pada pagola di hadapan rumah. Pucuknya perlu di pangkas untuk mendapat bunga tersebut. Ini aku dapat info dari apek penjual bunga ini. Aku memang ada niat untuk memilikinya nanti apabila pegola untuk garaj kereta aku siap.
Aku pun tak tahu apa nama pokok ini tapi boleh di lihat di belukar. Memang menarik untuk di jadikan climber seperti di atas.
Inilah pokok dahlia, bunga nya secantik nama. Terdapat pelbagai jenis warna dan rupa. Baru aku ingat......aku masih belum tanam ubi [pokok ini yang aku beli di Paris dua tahun lepas. Nanti aku cari dan tanam.......hampir terlupa...
Ini adalah salah satu gerai yang boleh di dapati di sini. Apabila aku tanya pada amoi ni dia pun tak berapa tahu berapa harga pokok pokok tersebut. HHhhhhmmmm......rupanya mamat indon tu lebih tahu dari dia....maklumlah anak toke...
Pertunia......elok dijadikan sebagai hanging basket. Dulu mahal tapi sekarang dah murah.....cuma RM7 sahaja. Tapi pokok ini di kategorikan sebagai annual plant sebab dia akan pupus dalam masa satu tahun. Tapi memang cantik kalau di letak di hadapan anjung rumah.
Ini pokok yang baru sampai. Aku rasa import dari Thailand. Maklumlah raya cina pun dah dekat.....masa ini lah nak buat untung.

Harga pokok yang dah di bentuk ni bukannya murah kalau tak silap mahu dekat RM100 padahal di kutip di belakang rumah aje. Beruntunglah bagi orang yang rajin.
Heliconia......last time aku gila pasai pokok ni tapi dah kurang sebab baru tersedar laman rumah hanya sekangkang kera....apa nak buat....
Deretan pokok keladi ni di kutip di tepi jalan saja. Tapi bila di jaga dan di baja dengan baik akan menjadi begitu beharga. Tapi pokok keladi ni tak perlu terdedah pada panas matahari sebab daunnya akan menguncup. Elok di letak pada shady area.
Morning Glory.... Ini jenis biasa sahaja tetapi sudah terdapat yang jenis berbelang.
Kalau tak silap ini pokok bergonia........sesuai untuk tempat yang sejuk. Mungkin boleh tahan selama sebulan sahaja. Elok di jadikan pokok indoor dan di letakkan di tepi tingkap like english house.
Bunga matahari......pokok kegemaran Jaafar Onn...heheheheheh
Another Dahlia
Entrance Sungai Buluh nursery dari hospital sungai buluh
Deretan pokok bunga kertas yang di bonsaikan.
Another sun flower...very pretty
Hibiscus...... our national flower but a new species

Comments

Anonymous said…
salam,
En abuikhlas, saya nak tanya pasal pokok halia bara tu la, harga satu pasu brp rm kt sg buluh? dan halia tu boleh buat makan ke? n then lagi satu, pokok dia selalu berbunga tak?

tq very much..
Abu Ikhlas said…
puan nanie,

halia bara ni x boleh di makan. Elok beli yang dah berbunga. Haarga dlm rm25 bergantung pada saiz

Popular posts from this blog