
Everybody Can Cook Semalam aku enjoy movie ni. Sebenarnya aku dah nengok masa di pawagam bersama anak anak aku dulu. Cerita memang best walau pun katon. Jadi sesiapa yang belun nengok cerita ni eloklah beli DVD and enjoy with it. Sekarang aku dah ada banyak compilation og movie dlm HD aku. Dulu bawa DVD tapi sekarang mudah sangat burn masuk soft copy aje. Jadi kami di sini tukar suka sama suka lah and banyaklah koleksi. Aku pun suka juga masak. Aku mula belajar masak masa umur 12 tahun. Masa tu aku tolong ibunda buat butter cake untuk jamuan perpisahan semasa darjah 6. Rupanya mudah aje buat kek bodoh ni. Masa masuk sekolah menengah, aku sekolah petang. Kalau nak tunggu ibunda masak memang lambat sebab ibunda kena basuh kain and kemas rumah dulu. Lepas tu nak tunggu apek jual ikan datang lah. Campur tolak maka lewat lah aku nak makan nasi dengan sempurna. Jadi ibunda hanya masak nasi dan yang sempat hanya goreng telur mata kerbau and kuahkan kicap. Sekali sekala ok jugak tapi kalau da...