Everybody Can Cook

Semalam aku enjoy movie ni. Sebenarnya aku dah nengok masa di pawagam bersama anak anak aku dulu. Cerita memang best walau pun katon. Jadi sesiapa yang belun nengok cerita ni eloklah beli DVD and enjoy with it. Sekarang aku dah ada banyak compilation og movie dlm HD aku. Dulu bawa DVD tapi sekarang mudah sangat burn masuk soft copy aje. Jadi kami di sini tukar suka sama suka lah and banyaklah koleksi.

Aku pun suka juga masak. Aku mula belajar masak masa umur 12 tahun. Masa tu aku tolong ibunda buat butter cake untuk jamuan perpisahan semasa darjah 6. Rupanya mudah aje buat kek bodoh ni. Masa masuk sekolah menengah, aku sekolah petang. Kalau nak tunggu ibunda masak memang lambat sebab ibunda kena basuh kain and kemas rumah dulu. Lepas tu nak tunggu apek jual ikan datang lah. Campur tolak maka lewat lah aku nak makan nasi dengan sempurna. Jadi ibunda hanya masak nasi dan yang sempat hanya goreng telur mata kerbau and kuahkan kicap. Sekali sekala ok jugak tapi kalau dah tiap tiap hari mahu jugak aku ngomel, ko len dan buat muka seposen. Bila ku tarik muka seposen ibunda kata jangan komlen sangat nanti bila dah nikah baru tau susahnya nak jaga anak anak sendiri. Aku diam aje tak banyak soal.
.

Mahu tak mahu aku terpaksa juga bantu ibunda di dapur sebab nak makan lauk yang ok skit. Masa tu curry ikan memang favoret aku. masak setiap hari pun tak apa daripada masak lauk pindang tu. Tapi ıbunda lata lagi kalau nak cepat tolong kukur nyok tu. kalau nyok dah di kupas tak apa la tapi kalau belum di kupas satu beban pulak. Masa aku tingkatan satu lah aku mula pandai kukur nyok pkai kuda kayu tu. Aku rasa kuda kayu tu masih sihat ada kat umah mak aku. Bayang kan dari terkial kial sampai cekap aku kukur. kalau ada pertandinangn mau aku dapat no satu. Oleh kerana aku dah cekap dah macam jadi tugas tetap aku.
.
Lepas tu kalau nak makan ayam aku lah yang susah payah tangkap ayam kat atas pokok atau dalam reban pada waktu malam. Tak habis kat situ saja. Esok pagi kalau aruah bapak aku tak ada aku lah yang terpaksa sembelih, cabut bulu dan potong ayam tu. Kadang memang marah sebab aku kena buli oleh ıbunda and abang aku relek toge aje. tapi bila aku pikir kan balik semua ni membuatkan aku cepat matang untuk berdikari. . kalau tiba hari raya akulau juara buat kek dengan pengalaman aku masa darjah 6 tu. Macam macam kek aku cuba kadang tak jadi habis oven mamk aku tumpah sebab baking powder terşebih kot. masa tu bukan senang nak dapat resepi kek. kalau cilok kat majalah pun rasa cam tak asli aje. Kedekut taik hidung masin ilmu tu.
.

Bila aku mula belajar di UK bakat aku sebagai tukang masak semakin improve sebab for survival. Yelah bukan senang kalau tak masak sendiri. nak makan makanan halal kena masak sendiri atau nak makan kat kedai paki mahal. mana cukup duit biasiswa. Boleh mati kebulur kalau tak masak sendiri dan berjimat cermat. Sekali sekala tu buat lah kek, biskut, nasi lemak, laksa, karipap dan banyak lagi. Klau skil dah ade tu sentuh aje jadi. Kira macam pari pari lah. Tapi ada member aku tu lagi terer cipta biskut ot tanpa tepung. kalau dia baca tulisan aku ni mesti dia ketawa. masa duduk dengan dia kat UK tu, bila tiba aje turn dia masak...aku dah tau apa dia nak masak. Aku panggil 'pregnant' dish. Sekali makan takpe tapi kalau dah hari hari mahu kembang tekak aku.
.
Sekarang kalau balik umah masih masak lagi untuk isteri dan anak anak kalau ada waktu lapang atau anak anak nak something special. Atau wife tak sihat atau bersalin dah jadi kebiasaan untuk aku masak. Sebenarnya enjoy tau masak ni. Main campak campak aje. Kalau ada orang pompuan especially masih malas masak, tak tau aku nak cakap. Ketahuilah, masakan isteri tu pemikat suami. Tapi bila kitchen is no more mine...tu yang malas nak masak lagi. Semua nak kena tanya wife mana barang di simpan.

Comments

Ghazali said…
Jangan lupa lak waktu zaman kita di TJ ....

I really admire your culinary skills ....

And tika waktu tulis comment nih pun boleh lilih air liur bayangkan kau punya laksa johor tuh!!!!!

Congrat ...!

Writer ... Tukang Masak ...

Then why not you make a cook book lets say ...

30 mins sumptiuos dishes for bachelor????????

Popular posts from this blog