Perjalanan ke Alor Gajah, Melaka

Wife aku dah selamat hantar anak aku Safwan ke MRSM Alor Gajah pada 10hb February baru ni. Adik ipar dan mak mertua aku pun ikut sekali. Ubaidullah, Syahadah dan Yusuff pun ikut juga. Shamim, İkhlas dan Hadi sahaja yang tinggal di rumah dan di uruskan oleh makcik Pah. Sebelum tu aku dah siap pesan pada wife aku agar pandu kereta dengan cermat dan buatlah persiapan lebih awal agar tak kelam kabut nanti.
.
Pagi lagi selepas aku selesai solat subuh dan brekfast aku terus talipon wife aku. Wife aku kata dah nak sampai ke MRSM. kemudian aku talipon lag untuk dapat berita selanjutnya. Wife aku beritahu mereka baru nak register dan lepas tu ada taklimat. Wife aku kata eloklah talipon dalam pukul 2.30 tengahari waktu Malaysia sebab masih ada banyak urusan yang perlu di bereskan. Aku amat faham cuma aku tak dapt bayang kan bagaimana hecticnya wife aku nak manage semua benda ni. mana nak nengok Yusuff lagi yang semakin nakal dan lasak. For sure Yusuff memang tak nak dengan orang lain.
.
Bila aku call lagi wife aku berithu dia terpaksa duduk di luar dewn sebab Yusuff dah meragam. Ubai ada dalam dewan ganti untuk dengar taklimat. Oklah aku rsa elok aje aku call bila mereka tiba di rumah nanti. Sebelum tu aku sempat talipon Safwan nasihat apa yang patut, terutamanya disiplin diri dan tanggungjawap terhadap diri sendiri. Semalam tu aku dah suruh dia talipon Tok Pah untuk ucapkan salam dan beritahu apa yang patut. Safwan kat dia dah talipon Tok Pah dan minta maaf dan minta Tok Pah dokan kejayaan dia sama.
.
Lepas aku blik ke bilik aku capai talipon dan dial handphone wife. Wife aku kata baru saja sampai sebelum maghrib. Then wife aku sambung ceritalah sedetailnya kat aku. Safwan tinggal sebilik 3 orang yang mana sepatutnya untuk empat orang. Roomate seorang tu org pasir Gudang, Johor. Seorang lagi dia belum kenal. Wife aku beritahu lagi yang dia ok aje dan minggu ni adalah minggu orientasi untuk semua budak tingkatan empat.
.
Sebelum balik ke rumah sempat Safwan pesan pada wife aku,'Umi, jangan lupa datang minggu depan tau?'

Comments

Popular posts from this blog