Is It So Difficult - Part II


Zaman sekarang nak didik anak bukan senang. Banyak sangat cabaran dan halangan yang kita hadapi. Kadang kita dah rasa cukup didik dan ajar tapi keputusan sikap mereka tak seperti apa yang kita mahu. Kita dah jaga serapi rapi tapi bila di luar sudah di luar kawalan kita dia jadi lain pulak. Sometimes kita frust dengan sikap anak anak and komunikasi dengan anak anak pun kurang. Cuba kita fikir dan hitung berapa jam kita menatap wajah anak anak kita? Ada lebih dari 3 jam?
.
Bermula hari ini, mari kita banyakkan expresi cinta dan sayang pada anak anak. Bukan dengan perkataan sahaja tapi dengan amalan dan perbuatan. Zaman moden ni kalau malu nak ucap, SMS pun ok gak sebagai permulaan. Kalau kita terasa janggal kita kena cuba juga untuk mengekpresi cinta dan kasih melalui perbuatan seperti.

  • Mengucup
  • Memeluk
  • Memuji
  • Membelai
  • Berbicara
  • Bermain
Mari kita amalkan perkara ini dan cuba kita lihat pada perubahan yang akan berlaku pada diri dan anak kita. Kita campak jauh jauh sifat segan silu yang tak mendatangkan manafaat. Aku pelik sangat dengan sifat orang Melayu sebab suka ada persepsi yang negatif.

Pernah aku kata pada seseorang yang rapat dengan aku, sebab dia selalu komplen pasai anak dia. Aku kata cuba kau peluk dan cium anak kau tu (Kebetulan anak dia tu lelaki dan dia seorang ibu). Dia kata,"Eh ko ni........ dia tu bukan kecik...dah cukup umur dan besar panjang......" Itu lah persepsi negative yang kita cuba hadirkan dalam diri kita.

Ok...sekarang you all cuba amalkan dan komen dalam blog aku tau......

Comments

Anonymous said…
Is it so difficult?

Yes, it is. so difficult that nobody dares to comment. :)
Abu Ikhlas said…
hahahaha.....may be....
ASH said…
tak susah lah nak peluk anak anak..apa laa yang nak susah nyer!!
ANAK kita!

Popular posts from this blog