Meneruskan Perjalanan
.
Perkara pertama yang aku pastikan bila sampai di sini adalah internet. Bila travel atau merantau internet adalah kemestian. Orang kata kalau tak ada macam boleh mati gitu. Sini internet ada tapi slow bangat. Kalau subscribe yang kena bayo pun lebih kurang sama aje. Alhamdulillah sekali sekala dapat juga aku updatekan blog aku. Selagi blog boleh update aku boleh bernafas lega. Kalau tidak memang semput.
.
Hidup ini akan berubah setiap masa. kadang kita tidak sedar dan kadang tu tersedar. Aku gembira sangat bila menimang cahaya mata yang ke sembilan. Kedatangan Hana bagaikan pucuk di cita ulam mendatang. Belum sempat dia mengenali aku, aku terpaksa terbang tinggi. Ubai pun sudah berhijrah. Aku dapat rasakan walau ahli baru datang tapi ahli keluarga semakin kurang di rumah. Inilah hakikat berkeluarga. Ramai macamana pun di rumah, suatu hari tinggal berdua sahaja. Aku dan isteri. Anyway, aku teramat merindui kamu semua.
Comments