Lagi Cerita Bazar
Sebenarnya aku dah malas nak cerita pasal Bazar ni lagi. Tapi dah tak ada cerita menarik yang lain. Pi mai pi mai tang tu jugak. Di sini kalau nak kembara ke sana sini bukan senang sebab bila keluar daerah dan tinggal di daerah yang lain melebihi 3 hari, kena deregister dan register. Lepas tu bila nak balik semula kena deregister di tempat yang kita pergi dan kena register pula di locality asal kita. Undang negara dia cam ni nak buat cam mana. Tapi rasa macam undang undang untuk bekas banduan dan bekas penjenayah layaknya.
.
Tak kan nak terperap dalam kem ajekan. Kem ni pun dah macam penitentiary. Atau lebih molek sebutan iaitu A Freedom Penitentiary. Kalau nak jalan ke tempat lain ikut masa kita sendiri dah jadi macam bahlol sebab ada orang gila Firaiun. Tapi aku rasa Firaun lebih bertamadun sebab dia ambil juga Nabi Musa untuk di pelihara dalam istana. Bukan aku seorang sahaja berasa begini tapi ramai lagi member member yang seangkatan. Jadi akhirnya baik lah perok dalam bilik buat kerja sendiri and hati pun aman dan tak sakit.
.
Tak apalah.... berapa lama agi kita nak dok sini ye dak.... Sampai masa kita pub cabutlah. Ni yang membuat aku rindu sangat nak balik kampung hehehehehe. Bukanya sebab homesick...tapi sebab sakit hati sangat dengan banyak perkara. Only few people here can understand each other. Period.
Comments