From Mashad to Esfahan




Sudah lama niat hati nak visit Esfahan iaitu bandar architecture and seni di Iran. Akhirnya tercapai jua. Setelah beli tiket untuk bertolak ke Esfahan besok petang kami relek sikit. Malam tu cuma ronda ronda di sekitar Mashad. Perjalanan ke Esfahan memakan masa selama 15 jam. Bila travel malam kira duit hotel boleh save. Agak pukul 9 pagi baru sampai ke Terminal Bas Esfahan. Sempat juga kami breakfast yang ala kadar sebab breakfast kat sini bukan macam di Malaysia.

.

Mujur ada hotel di bas terminal. Tanpa melengah masa kami terus tanya kekosongan and check in kat situ juga. Yang pelik tu ramai orang perhatikan kami sebab di I ran bukan ramai turis. Ada yang ingat kami from china, korea and japan. Ada yang ingat dari pakistan. Tapi kalau you all belek wajah Abe mmg dia sebiji macam orang Cina.

.

Siap aje mandi manda and berpakaian lengkap kami pun terus ke Imam Khemeini Square yang menjadi salah satu daripada World Heritage. Macam biasa bahasa menjadi masalah utama. Kadang lain yang di maksudkan lain yang dia faham. Fening...fening.... Apa yang aku perhatikan di sini, masyarakat Iran adalah masyarakat yang friendly and peramah. lagi satu, aku suka sangat concept terminal basnya yang kemas dan teratur. Persekitaran memang menakjubkan. Dulu aku ingat orang Iran ni simple aje tapi mereka pun fasionable seperti kebanyakan rakyat negara lain.

Comments

Popular posts from this blog