World of Carpets


Sebut saja Iran semua orang akan imagine the famous carpets. masa aku dok belek belek karpet Iran di KL, nak tanya pun seriau sebab dah tau harganya teramat mahal. Yelah buatan kemas dan cantik. Aku rasakan aku memang tak akan memiliki nya. Tapi bila dah sampai iran lain jadinya sebab rasa terpegun dan kagum bila membelek satu persatu. Finally aku kalah dengan godaannya. mahu tak mahu aku beli juga untuk kenangan walau pun mahal tapi tak semahal di malaysia.



Seronoknya aku bergambar dengan karpet yang cantik cantik ni. Rasa nak duduk lama aje kat sini. Tapi Abe pulak kalau boleh dia nak guling guling kat karpet ni. hehehehe



Ini lah carpet yang aku beli dan di hantar direct to my door step. Tapi aku dah jual carpet ni pada sahabat aku. Aku ingatkan dapat kembali ke Iran semula sebab tu aku jual. Rupanya nak ke sana perlukan Visa semula. Nampak macam tak jadi ke sana lagi. So aku jadi lebai malang.

Ini kapet yang Abe belikan. Dia kata dah hias masa raya baru ni dan siap guling guling di atas kapet ni. Hehehehe.....Inilah penangan carpet Iran yang mahal harganya.


Karpet ni lagi mahal. nak tersedak bila dengaq harga dia.


Aku mamang berkenan kapet ni tapi apakan daya nak beli rasa mahal sangat. Takut nanti dok tergulung bawah katil saja sebab tak sampai hati nak pakai.


Aku suka design kapet ni. Tapi aku meluat pada penjualnya. macam memaksa kami untuk beli and lastly boleh marah marah kita. Bangang punya orang. Menyumpah aku kat dia. Lastly aku biar aje Abe layan dia sebab Abe ni penyabar. Aku rasa macam nak sepak aje......mujur masih ada kesabaran...


Karpet kalau back groundnya hitam memang cantik. Tepersona aku di buatnya.

Comments

Popular posts from this blog