Iran - Where Carpet for Palace Resides
.
Selepas penat mencari travel Agent dan hampa sebab tak dapat tiket ke Tehran kami terus bergerak longlai sepanjang jalan. Tetiba kami terpandan kedai wholesale carpet. Niat tu memang tak ingin langsung utk membeli carpet. Tapi bila dah nampak aje kedai tu apa salahnya kita masuk untuk menjamu mata. Masuk aje kami di adun dengan kecantikan capet yang beranika warna dan paten tergantung di dinding dan di hampar pada lantai bertimbun timbun. Kami berkenalan dengan Rasool seorang penjual karpet yang fasih berbahasa Inggeris. Selepas puas bertanya kami berjanji untuk datang kembali pada kedainya pada keesokan pagi.
.
Rasool menasihatkan kami untuk terus ke Esfahan sahaja sebab bandarnya yang hijau dan cantik. Oleh kerana perjalanan melalui udara dan keretapi sudah tak mengizinkan kami terus buat keputusan ke Esfahan denganmenaiki bas yang memakan masa selama 15 jam!!! Masyaallah tak pernah aku naik bass selama itu!
Inilah wajah karpet yang aku beli. memang cantik and mahal tapi tidaklah semahal seperti di Malaysia. Sayang pula rasanya untuk pakai....heheheh.



Comments