Reunion After 30 Over Years
.
Dulu aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Gurun (Pusat). Sebenarnya kami semua tak tahu apsal ada pusat. Aku di titu sehingga darjah dua. Masa tu tahun 1973. Pada 1974 aku bertukar sekolah. Bila aku kembali bersekolah di SMG aku bertemu kembali dengan rakan rakan aku kembali. Tak semua aku bertemu sebab setengah tu dah bertukr sekolaj.
.
Setiap kali aku balik rasa aku pastikan untuk beraya atau bersama Shamsul atau Radzi. Yang lain tu entah mengapa susah sangat nak bertemu. Seorang lagi Zubair yang aku masih contact. Tapi dlm gambar ni dia tak ada sebab sibuk dgn majlis prtunangan ipar dia.
.
Program untuk bertemu atau berkumpul kembali member member lam dah lama di rancang. Tapi tak pernah menjadi. Mungkin sebab tak serius kot. Sebelum ramadhan baru ni aku telah bentang kan idea ni pada member yang masih dpt contact dalam facebook (TQ fo FB kerana menjadi talian kasih). Rupanya mendapat sokongan yang baik and semua pakat contact sume rakan rakan lama. Aku menjadi focal person and Syamhsul yang organizekan tempat dan makan.
.
Finally pada hari raya k3 3 kami dapat berkumpul seramai 30 orang di Harvard Golf and Resort, Gurun. Memang best and berbagai cerita keluar. Tahu saja lah bila dah lebih 30 tahun x jumpa mesti menjadi fun. Ada yang dah nak dapat cucu. Ada yang badan dah kena yis. Ada yang masih ayu dan cun. Tapi semua dah mempunyai anak anak yang sudah besar. Yang pastinya semua sudah menigkat umur. Ramai yang tak berapa kenal dengan aku tapi aku masih lagi cam mereka yang lain. Sebab diri aku memang ada perbezaan.
.
Tapi bila nengok Hanisah terasa macam bercakap dengan dain...dia ada kelas dia la...hehehehe

Inilah classmate gilrs yang hadir. Tapi sekarang semua dah mendapat status isteri dan ibu tapi nampak masih lagi bergaya anggun and class gitu.



Comments