Ikan Kesayangan
.
Inilah ikan kesayangan aku. Nama dia Rocky. Aku dah bela dah agak setahun lebih dari kecil. Masa tu aku beli dalam harga RM6 sahaja. Sebelum tu aku adalah fanatik dengan gold fish. Aku beli buku lengkap bagaimana untuk membela ikan emas dan duit pun dah banyak habis. Yang menjadi masalah nya apabila aku nak balik kampung. Tiap kali kalau balik kampung ada aje casualty. Aku ada pesan juga pada jiran untuk nengokkan dan beri makan. Tapi rasanya kurang menjadi. Ikan emas adalah sensitif dengan air kotor sebab senang dapat infection. Aku masih cekal tak nak mengaku kalah dalam membela ikan emas tetapi akhirnya kecundang juga. Yang paling aku suka adalah jenis ranchu. Paling seronok apabila melihat ikan emas ini berenang terkedek kedek. Tapi ini cerita dulu.
.
So finally aku rasa elok bela ikan yang lebih aggresif dalam apa jua keadaan. Jadi aku pun cari lah ikan flower horn yang sangat popular sedikit masa dulu. Aku jaga dan bela sekarang dah besar dan cantik dan kepala dia pun dah membonjol macam bola golf. Tapi number ekor belum keluar...hehehehe. Nanti, sepeninggalan aku anak aku Hadi yang akan uruskan soal beri makan dan salin air. Mujurlah wife aku pun suka dengan ikan ikan aku dan kadang kadang dia lah yang salin air....yelah kadang aku pun tak ada masa...hehehe
Comments