Ayam Serama : Satria dan Ning
.
Dulu aku pernah bela ayam serama. Aku siap beli alat penetasan telur. Memang interesting bila lihat telur telur menetas. Finally kerna dah banyak aku hantar ke kampung rumah mertua aku. Sekarang dah tiada lagi entah di beri pada kawan mereka kot.
.
Sebenarnya aku memang suka dengan suasana kampung yang tenang dan damai. Pagi boleh dengar ayam berkokok dan kicauan burung di siang hari. Bila ayam berkokok baru tersedar bahawa hari dah subuh.
.
For the past few months aku bela ayam serama. Aku panggil yang jantan tu Satria dan yang betina tu Ning. Merekalah menjadi jam semulajadi untuk kejutkan aku bangun tidor. Anak anak aku memang suka terutamanya yang masih kecil tu Ikhlas dan Syahadah tapi hadi lah yang tolong memberi makan dan salin bekas dia tiap tiap hari. Tapi aku gaji kan dia tau....heheheh. Kalau tidak liat juga nak buat kerja tu.
.
Esok atau week end ni aku aku cuba kemaslan reban dia di depan rumah sebelum aku bertolak ke luar negara. Nampaknya banyak benda yang aku nak kena setel dengan masa yang suntuk ni.


Bila waktu pagi dan petang aku akan lepaskan di laman aku buat seketika untuk mereka bermain. Selalunya Rina akan perhati mereka bermain takut di terkap oleh kucing kucing gangster.

Comments

Popular posts from this blog