Safwan Pecut di Acara 100m

Anak aku Safwan sebenarnya memang pasif bersukan sejak dulu lagi. Mungkin pada masa itu tinggi dia tak seberapa. Tapi tahun ini dia lain sikit. Mungkin juga sebab dah minat dan ketinggian sudah meningkat. Dia ambil beberapa acara. Untuk 400m dia dapat gangsa. 4x400m dia dapat silver. Cross country dia dapat tempat ke tiga iaitu gangsa. tapi untuk acara 100m dan 4x100m dia kecundang. Tak apalah janji Wan semangat untuk bersukan. macam ni barulah anak bapak. Ba dulu pun kuat bersukan sampai satu sekolah kenal dan jadi ketua rumah lagi. Itu cerita dulu dulu kan. Janji Wan dah buat yang terbaik. Kira tak sia sialah Ba beli spike kat Wan. So next latih untuk dapat masuk team bolasepak sekolah pulak ok. Insyaallah Ba akan beli boot baru untuk Wan. Syarat yang penting walau sibuk bersukan, pelajaran tetap nombor satu
.

Enjoy the video Safwan lari 100m.

Comments

Popular posts from this blog