Kain Baju Kurung untuk Anak Dara Aku

Waktu ke KL dua hari lepas aku sempat beli kain baju kurung untuk anak dara aku tu. Sepasang untuk Syamim and dua pasang untuk Balqis. Bolehlah mereka melaram pada hari raya Aidil Adha nanti. Tak adalah mahal mana pun ....sepasang dalam RM40 sahaja. Sebenarnya aku renew road tax and insuran kereta aku tu. So dapatlah claim RM625 untuk sebuah kereta. Since kereta aku yang satu lagi pun insuran dan road tax mati bulan depan, so aku renew kan sekali. jadi total of RM1250 aku dapat. Orang kata macam duit terpijak lah. Tapi duit free macam ni bukan boleh pegang lama sebab dia terasa panas. Kejap aje nak berbelanja dan dah nak habis dah. Oooppsss.......malam ni aku ada buat jamuan makan di surau aku lepas isyak. Aqiqah seekor kambing bersama nasi briani and masak merah ayam. Sesapa yang sudi datang lah ke surau aku untuk menjamu selera ye....

Comments

Popular posts from this blog