Lawatan Duta Malaysia ke Kiyanly
Semalam Duta Malaysia ke Turki, Datul Saipul Anuar berbesar hati untuk melawat kami di sini. Alhamdullah teringat juga dia dekat kami di sini. Kadang-kadang tempat jin bertandang kat sini sapa lah nak mai. So segala upacara telah di siapkan dan setelah selesai semua visit maka kami pun siap bergambar bersama duta dan sambil enjoy hidangan harı raya sebulan walu pun tanpa rendang dan ketupat. Asalkan boleh masuk perut oklah tu. Apa lagi jom kita nengok apa yang ada.
Aiyoooooooo....macamana bendera negara aku terbalik. Ada kompirasi ke. Nak kena godam ni. Memang tak patut. Hehehe...sapa lagi di depan tu kalau bukan si Zamri Jawa dari Semarang
Lepas complain barulah kelam kabut tergedik gedik alihkan. Walau bagaimana pun tak cukup jalur pulak. Dei sapa lah yang bagi info tak betoi pada depa ha. Kalau macam ni jangan bayo lah sebab tak ikut spec. Ni yang aku nak marah ni......hehehehe...sabo-sabo........Ni lah pelayan pelayan kita orang waktu makan. jangan marah no...tapi kalau sapa yang berkenan book cepat. Tak kisahlah yang bujang atau pun teruna. Anyway sekarang ni masakan dah makin ok dengan kehadiran chef muda belia encik Khairi orang Jelebu.......masak lemak dia pun baru ada rasa nogoghi...... Ni yang si Puad senyum sampai ke telinga
Sabolah dok menunggu nak makan. Bapak Amir tolong berhati hati dengan mereka tu....ada niat tersirat tu..............Tapi kalau pak amir setuju, maka yang mana satu pilihan hati?
Si Zaaron pun berilah sepaah dua ucapan pembukaan sebelum di ikuti oleh ucapan Datuk.
Aaaa...datuk pun beri ucapan pada kita semua...lepas tu ada question and answer..malang nye question tak relevan la...kesian datu nak menjawap.....heheheheh
Inılah gambar Datuk bersama Datin. Datuk....nak tanya sikit...kalau kita orang tersesat di Ankara boleh tak bermalam dan makan di rumah Datuk? Kecil tapak tangan talam di tadahkan yeeee.....

Pulun pulun...wow pokku dan haji makan sampai tak nampak telinga...sila sila...tambah tambah jangan malu malu.Sempat juga bergambar kenang kenang.

Comments

Popular posts from this blog