Telekung - Terima Kasih Pada Yang Menderma
Masa aku balik hari tu, aku ada sms pada rakan rakan aku perihal telekung untuk di sedekah. Kalau nak tahu detail elok lah baca write up aku dalam blog ni baru baru ni. So, dapatlah aku kumpul 4 telekung. Aku pun tak mampu untuk bawa banyak sebab beg pun dah sarat. So aku ada azam, iaitu everytime aku balik ke sini aku akan tanya member member aku yang still interested untuk menderma telekung. So member mana yang tak sempat untuk beri telekung nanti balik aku akan contact korang semula. Oleh kerana masa tu aku terlampau sibuk sebab anak aku kena operation aku pun tak sempat nak follow up. Tapi kalau ada pembaca setia blog aku yang turut nak menyumbang telekung boleh la contact aku dlm chat room ini.

Elok juga aku summarise skit cerita di sebalik sedekah telekung ni. Orang sini amalannya memang kena doa banyak hidayat. Kalau yang dapat dirikan sembahyang kira dah cukup baik walau dalam keadaan tak sempurna. Semoga Allah makbul amalan mereka itu dalam keadaan yang serba kekurangan dan penuh cabaran. Ya lah, kalau orang yang tidak beramal lebih ramai berlipat ganda dari yang beramal maka untuk menjalankan amalan wajip memang amat mencabar bagi pengamal agama. Lantaran untuk mendapat ilmu untuk mendirikan amalan wajip menjadi satu cabaran yang amat kuat.

Bil aku ke surau terutamanya waktu zohor, aku melihat beberapa wanita tempatan yang bersolat. Aku perhati dan amati dan aku rasakan ada kekurangan pada solat mereka. Di sini bukan mudah untuk membuat teguran kerana banyak sangat waspada lagi pun mereka ini adalah wanita atau gadis. Silap haribulan di fitnah pula. Jadi aku pun adalah idea bagaimana untuk menyempurnakan solat mereka. kami sembahyang jemaah dan biarkan mereka perhatikan dan dari ada baiknya aku hadiahkan telekung pada mereka untuk menutup aurat dengan sempurna semasa bersolat. Contohnya, orang yang badan berbau bukan mudah untuk menegur yang badan awak itu berbau. Untuk menjaga hati dan avoid malu elok dihadiahkan perfume bodyshop ke, insyaallah dia akan pakai dan bau badan pun terhindar.

Kita sebagai manusia akhir zaman ni kalau nak buat amalan yang hebat hebat macam umat terdahulu memang tak mampu. Sebab paling utama adalah kerana cinta pada dunia sudah sebabti di dalam hati. Bila sudah cinta dunia maka susah untuk luang kan masa untuk beramal dan ibadat. Jadilah amalan agama seperti batu di tangga. Buat sebagai syarat sahaja. So aku rasa dengan sedekah telekung ni maka dapatlah sama sama kita share pahala kepada orang yang bersolat apabila dia mengunakan telekung tersebut untuk menunaikan sembahyang. Walau sembahyang dia tak kusyuk tetapi kita tetap akan dapat pahala yang penuh. Dan pahala yang kita dapat kan sentiasa bertambah sehingga ke akhir hayat sekira sedekah kita itu menjadi asbab untuk seseorang beribadat sehingga ke anak cucu. İnilah saham yang sebenar yang bilqairilhisab....... tak terhitung banyaknya. Bukan macam saham wall street. Nekkei, Dow Jones dan sebagainya yang belum tentu memberi keuntungan ang sebenar. Sekarang pun pasaran saham tersebut sudah nazak yang masih di rawat di ICU. Entah bila akan pulih atau berkubur terus entahlah. Tetapi untuk saham akhirat kekal buat selamanya. Inılah perniagaan sebenar yang menguntungkan dan tidak rugi sedikit pun.

Semoga segala sedekah tuan tuan sentiasa di berkati, di rahmati dan di terima Allah taala.

Comments

Popular posts from this blog