Anak Anak Aku Demam
Sejak aku balik ke sini wife dan anak anak aku demam satu persatu. Cuma Balqis dan Ubai saja yang masih kental tak di hinggapi demam. Wife aku dah sihat alhamdulillah. Tapi Safwan, Hadi dan İkhlas masih demam. Yang aku paling kesian adalah Syamim. Selepas sahaja pulih dari operation dia terus di hinggpi demam campak. Nampaknya dia tdak akan ke sekolah sehinggalah sekolah buka pada tahun depan. Aku talipon wife aku hari hari untuk tanya perkembangan semasa. Wife aku kata bintik bintak sudah keluar dari badan. Safwan, Hadi dan Ikhlas demam kejap ok kejap tak ok. Aku pun risau kalau kalau mereka pun akan di jangkiti dengan campak. Kalau tak silap aku Balqis dan Ubai sudah kena masa mereka kecil. Yang aku paling risau adalah Yusuff. Aku doakan siang malam supaya demam campak tidak menyerang Yusuff sebab dia pun baharu sahaja baik dari demam.

Mak mertua aku yang setia membantu wife aku terpaksa tangguhkan bali ke kampung. Aku kasihan melihat wife aku yang terpaksa menghadapi segala ujian ini. Aku tahu wife aku memang kuat semangat dan kental. Aku akn terus doa semoga dia dan aku bersabar dan kuat untuk menghadapi ujian ini. Kalau nak di bandingkan dengan ujian orang lain mungkin ujian yang di beri ini tak lah sebesar mana. Orang alim kalau sentiasa sihat dan tak sakit mereka akan bimbang. Sebab mereka risau dosa mereka tidak di ampunkan sebab sakit dan ujian ini adalah sebagai kifarah dosa dosa yang kita lakukan.

Nampakya Syamim tak sempat untuk ambil periksa pada hujung tahun ini di sebabkan masalah kesihatan. Aku beritahu wife bahawa pada tahun depan Syamim patut duduk di kelas A jugak sebab dia adalah anak yang pintar. Jangan kerana dia tak mengambil periksa guru letak dia di kelas yang lain. Ini akan demoralise dia saja. Tapi kalau tiada kompromi dari pihak sekolah aku akan suruh wife aku jumpa guru besar. Aku masih ingat lagi masa aku student, wife member aku keguguran di dalam tube dan tidak dapat menghadapi exam akhir tahun. Seelah sihat pihak universiti waive kan dia dari exam final and terus ke final year. Kadang aku rasa pihak pihak di Malaysia terutma Kementerian Pelajaran kurang kompromi dlm perkara begini. Lihat sajalah orang terlantar di hospital pun terpaksa ambil exam. Bukankah sepatutnya biarlah pesakit itu sembuh dan baru di beri peluang yang baru?????????

Comments

Popular posts from this blog