Wedding Invitation

Balik aje ke opis aku dapat wedding invitation yang di beri oleh kerani kita orang. Aku tanya sapa nak nikah? Mana tau kot kot ada orang Malaysia yang nak nikah dengan orang local. Aku di beritahu bahawa anak driver kita orang yang akan nikah. Di sini kenduri kahwin selalunya di lakukan di hotel atau restoran. Kalau family yang berada buat di hotel. Dulu aku pernah ceritakan perihal kenduri kahwin di sini dalam blog ini. Aku belum pasti akan pergi tapi niat untuk hadiri majlis tersebut tetap ada. nengoklah keadaan macam mana. Di sini jemputan nikah dengan kad yang cukup simple tapi tercapai maksud. Kad ini adalah sebesar saiz buku 555 yang aku selalu letak dalam kocek semasa aku di sekolah rendah untuk menghafal sifir.

Comments

Popular posts from this blog