Bila lah Nak Naik Haji

.
Pertama kali aku ke Mekah masa buat umrah pada tahun 2002. Masa tu aku bawa bersama ibunda dan wife aku. ketika tu wife aku pegnen kan Ikhlas lebih kurang 6 bulan macam tu. So bila orang tanya pergi dengan siapa aku jawap kami pergi berempat. Ikhlas pun dah besar darjah satu dan bila lagi nak kesana entahlah. Kadang kita da ada duit tapi kalau Allah tak lapangkan masa pun tak boleh juga.
.
Pernah aku dengar ustaz mengajar kat surau, iaitu kalau nak upah haji sebaik baiknya anak anak sendiri buatkan untuk ibubapa. Bukan main upah tangkap muat saja. Sekarang tiap tiap malam aku doakan Allah panjangkan umur aku semoga aku dapat tunaikan haji secepat mungkin. Bila nengok member member dah selesai tunaikan rukun Islam yang kelima ni rasa jeles je. Sebenarnya bukan senang untuk menjadi tetamu Allah. Orang yang rumah kembar bumbung dengan masjid pun belum tentu dapat menjadi tetamu Allah untuk sembahyang berjemaah. Orang yang ada kenderaan yang terhebat pun belum tentu juga dapat menjadi tetamu llah untuk berjemaah. Begitu juga dengan orang orang kaya, miskin, kuat dan lemah. Semuanya atas pilihan Allah taala. Kita kena banyak doa semoga Allah sentiasa piih dan pandang kita untuk sentiasa menjadi tetamuNya.
Comments