Mini Van - You want to go to Bazaar?
Sekarang, bila nak sembahyang Jumaat saja, kena arrange transpot. Dulu orang sedikit ok la tapi sekarang orang dah ramai kenalah letak nama pada setiap kenderaan takut nanti ada yang tertinggal Jumaat pulak. So last friday turn aku pulak kena naik mini van ni. Aku naik mini van pun ok jugak. Lagi ramai lagi marrier. Tapi bila ke Bazaar kena lah tunggu sampai semua orang ada baru van bergerak. Jadi time kena kasi supaya orang lain dapat bersabar menunggu orang lain bershopping. Aku sendiri dah lama tak bershopping sebab stok dari Malaysia masih banyak ada dalam simpanan. Kalau bekalan koci ( yg aku suka makan semasa menonton movie) habis dan makanan Lia habis baru aku ke town. Kadang bila malas aku pesan aje pada member untuk belikan.
.
Bila aku dok bercerita pasal Van ni aku teringat masa zaman bas mini wilayah. Masa tu kalau sebut saja Bas Mini mesti terbayang wataknya yang laju dan bahaya. Driver dan conductor yang brutal dan rock. Kalau yang driver dan konductor tu perempuan rasa dah tak ada sfat feminin lagi dah. Suasana yang berbagai bagai bau. Suasana yang sesak macam sadin dalam tin. Bas yang sentiasa berjalan tanpa ikut jadual dan bas yang sentasa berlumba lumba untuk mengambil penumpang.
.
Masa aku muda muda dan miskin bas mini inilah yang menjadi transpot aku. Sekali tu masa baris panjang kat Jalan Templer, PJ, sebab nak cepat, bas mini ni jalan ikut road shoulder sampai bas terhoyong hayang. Adalah seorang mamak ni terus jatuh tergolek dalam bas. Memang cukup brutal. Lepas tu conductor perempuan cina tu minta maaf dengan nada yang cukup brutal. Aku terdiam aje. Kes kedua, semasa aku nak balik ke rumah aku PJ ( semasa tu aku bermalam rumah membar aku Mat kat Gombak), tetiba aje bunyi satu dentuman yang amat kuat. Kami semua dalam bas tercampak ke depan. Banyak kerusi yang tercabut. Aku bergegas meraba seluruh tubuh aku periksa kalau kalau ada kecederaan. Alhamdulillah aku ok. Apa lagi aku terus keluar dari bas secepat mungkin dan rupa rupanya head on collision dengan sebuah kereta.
.
Di sini aku cuba nak bangkit kan kembali ayat ayat nostalgia yang biasa di gunakan oleh driver dan conductor bas.
1. 'Buat dua barisan, buat dua barisan' - perkataan ini memang popular.
2. 'Tolong rapat rapat, buntut temu buntut' - perkatan yang kira obscene skit tapi biasa.
3. 'Tolong masuk dalam adik..... masih ada ruang lagi tu.' - ayat ni sering di sambut dengan perasaan geram oleh penumpang.
4. 'Cepat naik...cepat naik.....' - orang dah cepat pun dia kata lambat.
5. 'Nak turun cepat keluar depan' - yelah dah sesak sangat kena kasi arahan awal la.
Dan ada banyak lagi yang aku tak tertulis. Kadang tension dalam bas mini boleh gaduh. Tapi yang best tu lastly banyak yang endng kat Chow kit...... Sekarang dah tak ada lagi tapi transpot kat KL masih lagi tak reliable. Apa nak buat...... Mungkin kita kurang pak menteri yang lebih creatif.
Comments