Cuti Cuti Malaysia
Tiap tiap hari aku dok menhitung hari untuk balik cuti. Kira dok count down la orang putih kata. Tapi aku tak adalah kemaruk sampai dok angkah tarik kat kalender. Cumi dok ingat berapa jumaat lagi nak sembahyang kat sini. Macam Abang Haji dok habaq kat aku la. Bila dah sampai hari jumaat terus potong satu minggu dan beralih ke minggu depan. Kira macam macam cara orang menghitung hari ni. Yelah dah lama tak jumpa orang tersayang kan so mabuk kepayang la semua ni.
.
Kebetulan cuti kali ni match dengan cuti sekolah selama dua minggu. Aku ingat nak ambil cuti selama tiga minggu. Baru puas dan plan pun senang. Aku tanya wife aku mana nak pergi. Minta dia discuss dengan anak anak. Anak anak aku kata kalau boleh nak pergi tempat yang belum pernah pergi. So aku cadangkan kita ke east coast aja. Aku pun dah lama sangat tak ke sana. Rindu pulak rasa nak ke sana. Cuma tak tau nak start dari mana sebab nak end up balik kampung ke utara terus. Cuti yang pasti, ibunda mesti di ziarahi. Rasa bersalah sangat kalau tak ziarah. Kalau keje kat Mesaia lain. Ni bila keje kat obersea mesti nak kena balik kampung juga walaupun sekejap.
Kadang plan macam nak ke Kuantan tido semalam. Lepas tu menuju ke KT bermalam satu hari dan terus ke Kota Bharu tido dua malam. Cuma nak pack and unpack barang mesti letih gile. Lagi satu nak bercuti ni, masa tu lah sekolah buat program jugak. Nak kena telek betoi betoi moga moga tak clash dengan jadual sekolah. Yang pasti cuti kali ni mesti bercanda kat beach. And hotel kalau boleh nak yang ada beach jugak. baru di kira bercuti betoi betoi.
Comments