The Past Six Years


Ini adalah gambar anak anak aku pada 6 tahun yang lalu. Sekarang mereka sudah besar dan bertambah menjadi sembilan orang. Aku pun tak sangka anak anak aku menjadi seramai ini. Dulu aku pernah tanya member aku, nak anak berapa. Dia kata entahlah sebab alam roh hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Betullah kata kata dia itu. Siapa yang dapat menjangkakan masa depan masing masing. Semuanya tersorak dan tersirat. Qada dan Qadar ni adalah seperti networking. Yang mana kamu trigger yang itulah yang akan terjadi. Memang pastinya ketetapan Allah Taala tetapi kadang kala menjadi pilihan kita sendiri.
.
Balik raya nanti aku akan cuba mengambil gambar kesemuanya di tempat yang sama. Kebetulan Ayah mertua aku baru sahaja habis menuai padi.

Comments

ASH said…
saya juga tak sangka dikurniakan 9anak. sama bilangan!
Abu Ikhlas said…
ye ke Ashley...... sekarang kalau org dengar kita anak ramai cam ni depa leh terkejut macam kita ni committed sin.

Popular posts from this blog