Masalah Baru....


Rupanya sudah tiga tahun aku di sini. Pejam celik masa berlalu dengan cepat sekali. Seronok sangat ke tinggal di sini. Obviously memang tak seronok. Kalau boleh nak balik secepat mungkin. Memang banyak benda yang aku miss. Nak buat macam mana kan. Kalaulah masa ni boleh di rewind macam tape atau CD ok juga. Tapi masa yang dah berlalu tak akan kembali. Jadi manafaatlah masa masa yang ada.
.
Sebenarnya kami di sini ada satu masalah baru. Nampak macam mudah tapi kalau tak kena gaya boleh jadi kronik. Rasanya dah sebulan kami tak dapat service untuk hand phone. Line dah tak ada and entah bila akan pulih kembali entahlah. Hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi, nak pakai roaming pun dah tak ada. Bukan local line sahaja tapi international line pun sama. Maknanya orang di Malaysia tak boleh SMS and begitu juga kami di sini. Alhamdulillah kami boleh berineraksi sebab masih ada internet yang slow bangat and line phone. Kalau tidak rasa dunia ni gelap gelita. Sekarang nampak ok aje macam tak ada masalah. Tapi masalah akan bermula kalau apa apa terjadi semasa di airport ke atau di mana mana bila kita tak berada di kem.
.
Kalau kena tahan, nak cakap Russian pun masih merangkak apatah lagi bahasa depa. Lagilah tak faham and ak pandai. Bagi aku, aku tak kisah sangat pasal handphone ni sebab aku tak suka keluar dari kem. Biarlah aku lepak aje di sini sambil menghitung hari bila nak balik. Rasa dah muak and puas dah dok di sini dengan berbagai bagai masalah yang semakin menimbun dari hari ke hari. So sapa sapa yang ada hand phone canggih tu, memang rasa tak berbaloi lagi sebab dah ak ada line. Erti kata lain sabo aje lah....

Comments

Popular posts from this blog