Semoga Pak Said Sihat Sejahtera


Tu dia gambar Pak Said yang hensem tuh. Gambar ni di ambil masa aku menjemput depa mai ke bilik aku untuk makan nasi dagang. Mana mudah nak makan nasi dagang di sini. Atas kreativiti aku ni aku dapat juga buat nasi dagang dengan barang yang serba kekurangan. Walau bagaimana pun nasi dagang aku tetap umrph......dengan ikan tongkokl yang chef kasi kat aku. Maaf ye....puji diri skit...hehehehehe.
.
Tetiba Pak Said ada di klinik pada esok paginye sebab sakit perut. Terkejut and suspen juga aku di buatnya. Adakah sakit perut Pak Said di sebabkan makan nasi dagang aku? Tapi member member yang lain ok aje. Rupa rupanya suspect Pak Said sakit batu karang. Petang tu aku, Abang Ramli dan Hj Hisham ke hospital untuk hantar pakaian kepada Pak Said. Puas kami tawaf satu hospital. Pak Said masih tak kelihatan. Rupanya kami di beritahu bahawa dia telah diterbangkan ke Ashgabat Hospital.
.
Selepas dua hari baru dapat contact Pak Said semula. Dia cerita apa yang di alami and kami semua berdoa agar Pak Said cepat sembuh. Finally Pak Said diterbangkan ke Dubai oleh SOS sebab di sini tak ada kelengkapan untuk merawat. Sememang di sini memang serba kekurangan and the doctors are hardly speaking english. Inı adalah salah satu kemushkilan aku. Masuk hospital pun rasa horror semacam apatah lagi nak dapat rawatan.
.
Pendekkan cerita sekarang Pak Said dah balik ke Malaysia dan sihat di samping keluarga tercinta. Dia kata seronok dia dapat tido bersama sama dengan cucu. Nak tanya satu soalan kat Pak Said. Kak Chah tak jeles ke kat cucu tuh???? Lama dia tunggu Pak Said nak belai dia. Apa apa pun Pak Said jaga kesihatan dan jaga iman. Semoga Pak Said sihat seperti sediakala.

Comments

Popular posts from this blog