Tengahari tadi sedang aku dok type nak sms kat Abe tetiba aku dapat call dari site. Rasa malas sangat nak layan tapi aku kuatkan semangat juga untuk menjawap. Rupanya member aku call sebab nak pesan cream muka Fair n Lovely. Aku kata aikkk dah nak jadi Sivaji The Boss ke? Dia jawap bukan ape sebab sekarang dah musim sejuk nanti kering pulak muka. Kalau aku sapu lotion baby Johnson aje atau nivea cream. Aku tak nak la cakap siapa yang order tu. Tapi kalau korang nengok ada sahabat yang muka tetiba putih cerah tak semena mean, kompom dia lah orang nya. Buat masa ni biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan dia.....hehehheheheh.
Regent Park Mosque London Setiap hari Khamis malam Jumaat aku akan ke London untuk ke Algate East Mosque, Christian Street, London. Masjid ini dahulunya adalah synagogue. Apabila komunity Islam sudah bertambah di kawasan ini, terutamanya warga Bangla, maka ramai orang orang Yahudi yang berpindah ke North London. Selalunya aku akan terus dari kelas ke sana yang memakan masa selama 30 minit by train. Kadang kadang ada member teringin nak ikut tapi selalunya aku seorang lone ranger aje. Di samping dengar bayan sekali sekala seronok juga boleh jumpa dan borak dengan member2 yang lain. Di sinilah aku selalu jumpa Abang Qasim aku tuh. Kalau aku dah penat dan rasa dah lewat untuk pulang ke rumah, aku iktikaf aje di masjid. Kalau aku iktikaf Abang Qasim lah yang selalu sediakan bistra untuk aku. Sayang dia kat aku...hehehehe. Esok paginya kadang aku terpaksa ponteng kelas sebab lewat. Lagi pun subjek tu bukanya ada exam pun. Jadi week end sahaja aku selalu lepak di rumah member member aku yan...
Comments
btw, tolong betulkan maklumat di profil..
you have NINE children already!