Posts

Showing posts from October, 2014

Beribadat Di Masjid Nabi....

Image
Aku tiba di Madinah semalam pada pukul 10.30 malam. Perjalanan sejauh 400km memakan masa selama 6 jam 30 minit. Driver memang bawa bas slow bangat sampsi terhinjut hinjut. Apa boleh buat selain dari bersabar. Aku guna ayat power lagi. Pada hal 4 jam pun boleh sampai. Cakap pasal sabar, member aku CheMat cakap, kalau nak tinggal di Saudi memang kena banyak dan selalu bersabar. Iru pun kita dah kutip duit kasi kat driver. Hotel memang best. Jauh beza sangat dari di Mekah. Alhamdulillah aku dapat bilik dua orang tak seperti di Mekah seramai 6 orang. Lepas tu ada free wifi lagi. Memang awesome. Aku boleh katakan taraf 5 star hotel. Dibawah pula banyak kedai yang sentiasa menanti lontaran rial dari jemaah haji Malaysia. Subuh tadi dah solat di Masjid Nabi. Orang memang ramai sebab semua jemaah sudah tertumpu di sini. Tiada lagi ibadah Saei dan Tawaf. Cuma ibadat solat zikir dan tilawah. Melainkan masih lagi perlu bertawaf di kedai kedai yang banyak dengan jualan yang sentiasa menggoda. P...

Umrah Bersama Chemat

Image
Pagi pagi (Sabtu) kami telah bersiap sedia untuk berumrah dari rumah Chemat. Selepas breakfast kami pun bertolak menuju ke Mekah yang mengbil masa selama 45 minit. Sepanjang perjalanan aku tidur saja sebab mengantuk sangat. Sayup sayup kedengaran Chemat dok talbiah...... Aku pun dengan longlai menyahut talbiah itu. Selepas selesai parkingg kereta kami pun terus ke Masjidil Haram untyk berumrah. Orang tak berapa ramai pagi tu dan waktu 9.00 pagi adalah waktu yang amat sesuai untuk berumrah sebab ramai warga haji telah meninggalkan mekah. Setelah selesai kami bertemu di D'Saji untuk makan seketika. Chemat tanya aku nak ke masjid Rajhi tak untuk zohor dan terus ke Taif dan Jabal Rahmah. Aku agakbkeberatan sebab nk bal8k cepat kw hotel. Tapi atas dorongan Chemat dan isteri aku pun setuju. Kami sempat menunaikan zohor di masjid Rajhi, masjid yang kedua terbesar di Mekah. Kebetulan ada pula pameran 99 nama Allah yang sangat hebat. Sistem visual memang menarik bersama sama dengan firman...

Bermalam di Rumah Che Mat

Image
Hari Rabu lepas dah janji dengan CheMat untuk ke rymahnya selama 3 malam. Janji nak jumpa member member yang lain tak kesampaian sebab waktu dah suntuk. CheMat kata dia datang lepas isya dan bertemu di DSaji dekat Sauwa pada pukul 10 malam. Selepas aku siap umrah aku selepas isya, aku dan isteri bergegas ke hotel untuk berkemas. CheMat kata bawa barang barang yang perlu saja. Tepat pukul 10 Chemat pun menjelma dan terus kami ke parking untyk menuju ke Jeddah. Sepanjang perjalanan macam macam yang di cerita di selang seli dengan hilai ketawa. Memang sudah menjadi kebiasaan apabila berjumpa dengan CheMat. Yelah....bukannya selalu jumpa. Bila sampau saja di Al Hamra aku dan wife mengambil beg dan terus naik melalui lift. Che Mat ni kalu joramg nak tahu memang yang jenis pengemas, organised dan well planned. Aku dah expect apa yang akan aku nampak. Apabila pintu fi buka dan melangkah masuk, aku terpegun sejenak. Memang cantuk dengan hiasan english dan carpet carpet beranika design wall t...

Journey to Madinah

Image
Hari ini kami akan berangkat ke Madinah pada pukul 4.30 petang. Tawaf widak aku akan laksanakan selepas zohor. Lewat sikit pun tak apa lah. Semalam semua beg telah di turunkan. Semua dah kemas cuma nak naik bas je. Sedih rasanya nak tinggalkan bandar suci Mekah. Bandar yang penuh dengan susah payah dan pengorbanan. Kota yang pertama di curahi hidayat dan cahaya keimanan. Kota yang bermulanya titisan darah dan airmata. Kota yang penuh dengan kisah sayu dan duka. Hati ini merasa pilu untuk meninggalkan kota yang suci ini. Mana lagi tempat yang setiap amalan akan di ganjarkan dengan 100,000 ganjaran. Setiap amalan di lipat ganda sebanyak bilqairril hisap. Aku sedih sebab tidak dapat menunaikan adab adab masjid suci ini dan terlanggar pantang larang. Aku juga bersedih kerana tidak bayak masa di luangkan dengan ibadat zikir, solat dan tilawah alquran. Aku mengaku kelemahan diri ini dan seikhlasnya memohon agar Allah mengampuni kesalahan ini. Titisan air mata ini tak mungkin dapat menggant...

Borong Buku..

Image
Semalam selepas solat Isya aku ajak wife pegi makan pizza di sawwa. Jam pun dan pukul 8.30 malam. Biasanya selepas makan kami pergi melawat kedai kedai sambil melontar riyal. Kali ini tumpuan akuvkepada sebuah kedai buku ni. Aku tak ada niat pun untuk beli sebab tak tahu apa buku buku yang ada. Aku pun ajak wifecmasuk kedalam sambil mata aku liar melihatxrak rak buku. Mata aku terus melirik dari satu baris rak ke baris yang lain. Aku pun terpandang beberapa buku yang telah mencuri perhatian aku dengan tiba tiba. Aku terus message kepada Safwan samaada di perlukan buku buku ini. Lantas dia menjawap ya.... Aku pun beli sebagai hadiah hari jadi dia pada bulan depan. Mata aku terus melilau dari atas ke bawah dan kiri ke kanan. Aku terpandang buku tentang Saidina Umar Alkattab dan Umar Abdul Aziz. Memang buku sebegini aku sedang mencari Alhamdullillah baru aku temui. Tawar punya tawar aku pun setuju untuk membayar riyal 310 setelahbmendapat diskaun 60 riyal..

Mari Beribadah....

Sudah beberapa hari aku tak menulis. Bukannya tak ada idea, tetapi mood sudah hilang. Hilang sebab energy semakin berkurangan di sebabkan sakit tekak, batuk dan sakit kaki. Dua hari lepas pergi jumpa doktor untuk merawan tekak aku yang tak keruan. Alhamdullah dengan izin Allah sudah semakin berkurang. Kaki aku yang melecek pun sudah beransur pulih. Sekarang adalah masa untuk tambahkan amalan infradi dan umrah umrah sunat. Rugi kalau tak buat sebanyak mungkin. Kerja haji memerlukan energy yang banyak. Banyak amalan nya berbentuk fizikal yang kita perlu lakukan. Di sini biar aku sebut satu satu sepaya tuan tuan lebih jelas. 1. Melontar di Jamrah - tempat melontar terletak sejauh 2 km dari khemah di Mina. Pergi balik sejauh 6 km untuk membuat satu pusingan. Melontar utk 3 jamrah sekejap je. Tapi masa utk pergi balik lebih kurang 2 jam. 2. Tawaf - untuk tawaf di tingkat kaabah sentiasa padat dan ketat. Kadang kadang terpaksa berhimpit2 terutama pada garisan hajarul aswad iaitu tempat be...

Berniagalah Demi Mencari Keberkatan

Image
Dulu dulu manusia datang menerjakan haji dari seluruh dunia dengan mengambil masa berbulan bulan. Meredah sungai dan belentara. Menyusuri pantai dan padang padir yang tandus. Dan mendaki bukait bukau dan gunung ganang. Mereka datang memanggil panggilan Ilahi atas dasar iman dan taqwa. Apa bila mereka tiba di kota mekah mereka telah di sedia kan dengan pelbagai kemudahan dengan percuma. Para peniaga bula atas hukum harus mencari keuntungan yang sekadar sahaja tetapi yang paling di intai ialah menumpang keberkatan jemaah haji di mana rahmat Allah di limpahkan di muka bumi. Dan para jemaah haji akan pulang dengan membawa berjuta2 rahmat ke kampung halaman. Pernah srwaktu sku menunaikan umrah beberapa tahun yang lalu, apabila selesai saei untuk bertahlul, ada anak anak yang mengambil kesempatan untuk berniaga drngan caj 1 riyal pada setiap gunting. Aku terkejut. Lalu aku keluarkan gunting dan beri kidmat percuma pada mereka mereka yang ingin bertahlul. Tetapi sekarang sudah tidak kelihata...

Jadilah Anak Yang Solleh....

Ada satu kes ni sungguh membuat aku terharu. Pendekkan cerita begini. Si ayah yang uzur telah dipilih oleh Allah mengerjakan haji dan akan di temani oleh anak lelaki sebagai pembantu. Maksudnya anak tersebut juga bakal menjadi tetamu Allah. Tiba tiba si isteri anak bersalin dan terpaksa batalkan haji. Tinggal lah bapa pergi keseorangan dengan hati yang hancur luluh. Alhamdulillah rakan2 sebilik banyak yang membantu untuk urusan pak cik ni bergerak dan beribadat. Kes 2: Ibu telah tinggalkan pesan pada anak lelaki sulung untuk uruskan aidil adha bersama adik adik. Tetapi anak tersebut tidak perduli dan hanya meraikan bersama keluarga mertua. Hancur luluh hati si ibu. Anak lelaki lebih bertanggung jawap untuk menjaga kedua orang tua dari anak perempuan. Ayah ibu lebih penting dari isteri. Sekira seorang wanita telah berkahwin, maka ibubapa suami dan suami lebih perlu di utamakan dari keluarga sendiri. Beruntunglah apabila kita menjadi anak yang solleh. Aku melihat ramai manusia yang uz...

Sabar Adalah Ibu Segala Perbuatan

Aku nak cerita skit perkara biasa yang akan tuan alami semasa di Arafah dan di Mina. Bagi aku sabar dan tawajjuh adalah ibu segala perbuatan. Perkaravyang aku nak sentuh adalah berkenaan dengan toilet. Kalau you all tengok cerita Bujan Lapok, begitulah lebih kurang keadaan. Tapi di sini situasi lebih hebat dan mencabar. Satu maktab ada lebih kurang 3000 jemaah haji lelaki dan wanita. Tapi toilet yang di sediakan hanya 40 buah sahaja. Maka pandai pandailah berurus masa dan diri supaya suit dengan suasana. Kalau nak komen memang macam macam tapi adalah baik kita bersabar dan redha. Kalau kita kata kita seorang je yang sakit perut, ramai lagi yang macam tu. Oleh kerana yang beratur tu ramai, bila kita berurusan di toilet, terasa guilty untuk lama lama di dalam. Orang Kedah kata 'tersentot' nak kuar. Orang lelaki ni simple je. Gosok gigi, buang air dan mandi sekali gus jalan. Orang sekaran kata 3 in 1. 3 minit dah siap. Tapi orang puang leceh skit sebab dlm toilet tu lah nak siap,...

Melontar Di Jamrah Pada 10 Zulhijjah...

Kami tiba di Mina lebih kurang pukul 2 pagi pada 10 Zulhijjah. Khemah masih lengang di ruang 100 to 112. Mata aku memang dah layu. Ada lagi 2 jam setengah sebelum aku mulai solat subuh. Aku buka tikar dan hambar sejadah, letakkan krpala terus belayar di alam mimpi. Oleh kerana mengantuk dan nyenyak sangat, tak ada pun aku bermimpi. Sedar sedar ada lagi setengah jam untuk subuh. Toleh kiri dan kanan sudah ada ramai orang fi sisi. Ruang tidur aku menjadi semakin sempit sebesar ruang kubur. Hajat di hati nak ke toilet tapi aku rasa toilet mesti baris panjang termasuk wuduk. Jadi aku ambil botol pray air untuk berwuduk. Tak sampai secawan air pun dah siap. Jimat dan berkat. Lepas subuh aku sambung tidur. Zikir kita sambung lepas ni sebab mata dah tak boleh nak buka. Kawasan perkhemahan di Mina tak sama seperti fi arafah tetapi tetap fungsi yang sama. Di situ lah solat, makan dan tidur. Semua ini ingatkan aku ijtimak tabligh yang selalu aku hadiri. Tetapi ijtimak tabligh tujuan untuk kelu...

Motivasi Haji

Ramai orang nak pergi haji tapi tak di pilih. Orang yang telah dipilih pula perlu manafaatkan masa haji dengan sebaik baiknya. Ye lah....kita sudah korbankan puluhan ribu ringgit untuk mendapat haji yang mabrur, kadang kala niat dan tujuan kita tersasar. Jadi kita kena sentiasa check atau semak niat ini dan bawanya kembali ke landasan yang betul. Kita perlu ingat bahawa datang kesini adalah sebagai tetamu Allah dan kita perlu beradab apabila menjadi tetamu bagi raja segala raja. Ustaz di maktab acapkali memberi peringatan dan bayan tujuan kita datang kesini lagi dan lagi. Pendek kata motivasi dan tazkirah haji sentiasa di beri dari masa ke semasa sebagai peringatan kepada kita yang alpa dan khayal. Adakalanya kita terbawa bawa dengan akhlak kita yg telah sebati dari Malaysia. Bukan senang untuk melayan diri untuk membaca quran, bersolat sunat dan berdoa. Tinggal di Mina dengan suasana mujahadah dan sempit semestinya perlu untuk kita membina kekuatan untuk beramal. Pendek kata diri se...

Mabit di Muzdalifah

Image
Setelah selesai wukuf di Arafah pada 9th Zulhijjah, tibalah masa untuk beredar ke Muzdalifah. Sebelum maghrib lagi bas no1 sudah bersedia untuk berlepas. Bas aku no57. Memang lambat lagi. Aku cepat2 bersihkan diri dan berwuduk untuk solat jamam tamam maghrib isya. Badan pada masa tu memang ke letihan. Semalam tak berapa boleh tidur sebab di ganggu nyamuk. Kadang tu aku libas je nyamuk ni. Rasanya dia sempat lari. Pada jam sembilan malam kami terus menaiki bas untuk menuju ke Muzdalifah. Perjanan yang dekat tapi di dalam bas memang sesak macam bas mini wilayah. Mata pun rasa teramat mengantuk. Setiba di kawan Muzdalifah Malaysia orang dah ramai. Di sini sebaiknya kita mengutip 7 biji anak batu sebagai sunnah. Oleh sebab2 tertentu, aku kutip 80 biji, sebagai bekalan pada hari melontar pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Malam semakin melabuh dan jam di tangan sudah pukul 10. Ada lebih kurang 2 jam lagi tibanya separuh malam untuk bertolak ke Mina. Aku dengan isteri hamparkan tikar dan ti...

A Day At Arafah.......9th Zulhijjah

Image
Today is 9th Zulhijjah 1435 hijrah. We departed from Mecca about 3.30 and arrive Arafah about 5.00 pm. The traffic was ok and smooth. We were dircted to our camp which infront of the surau. The camp was very simple and enough room to menouvre around our body. I feel blessed and as I arrange my bags and moved for asar prayer. The wukuf will start right after zohor and a sermon will be given by Dato Jamil Khir. Everybody was advised to prepare themselves earlier for solat and tolerable to the elderly for the toilet facilities and wuduk. I always doa that Allah would make everything easy for me and other pilgrims caused we are seeking the bounty and blessing of Allah taala. The ustaz has given a very lengthy lecture how we should benefit our time and engaging in amal solleh and lastly make full effort of doa with devotion and concentration especially after asar time. Oh Allah please bless us with jannah. This is the ultimate destination that we have long requested....

Excursion to Arafah...

Image
Tomorrow is 8th Zulhijjah. All the pilgrims will move towards arafah and will stay there during the night on the 9th of Zulhijjah. My group KT60 will go in the late afternoon and expect to arrive after the sunset. Eventhough, it is about 22km from Mecca to Arafah, however we would expect a very slow journey and might take for 2 to 3 hours because of the huge crowd and traffics. Glorify to Allah for his mercy and greatness enable us to wukuf on the 9th Zulhijjah for the sermon and gratitute. Yesterday we were briefed generously how to manage ourselves and to follow all the instruction. I pray to Allah to shower his mercy for all of us to keep our patience accordingly and make use of our times the most for zikirullah, recitation of quran, doing prayers for hidayah to all ummat. Tomorrow morning would be my last day to start packing and going through the checklist what more do I need. I would prefer to be very simple and equipped......please make doa that Allah would accept our Haj... ...

Mecca After 12 Years....

Image
My first visit to Mecca was 12 years ago i.e. In 2002, for umrah. I brought along my mother and my wife,....ooopppsss. ...actually Ikhlas was with us in my wife's womb. The trip was only for two weeks. Our journey was managed by a private agency, Mawar travel owned by a chinese muallaf. Should we call him muallaf whereby he can converse fluent arabic and learning islamic study in Mecca? He can be called as an alim. Our hotel was very near, just outside the boundary of Masjidil Haram. You can still prepare your wudu even the azan was calling. And once you enter the area, there were bazar selling gold, tapestaries and many more. I would said quite a distraction on the way for prayer. There were also many food stalls and restaurants selling all sort of food. Normally after prayer I would go for teh tarik and capati with kima. The price was quite cheap and affordable. That was 12 years ago. Now what I have seen is very much different.....oooopppssss totally different. No more food s...