Motivasi Haji
Ramai orang nak pergi haji tapi tak di pilih. Orang yang telah dipilih pula perlu manafaatkan masa haji dengan sebaik baiknya. Ye lah....kita sudah korbankan puluhan ribu ringgit untuk mendapat haji yang mabrur, kadang kala niat dan tujuan kita tersasar. Jadi kita kena sentiasa check atau semak niat ini dan bawanya kembali ke landasan yang betul. Kita perlu ingat bahawa datang kesini adalah sebagai tetamu Allah dan kita perlu beradab apabila menjadi tetamu bagi raja segala raja.
Ustaz di maktab acapkali memberi peringatan dan bayan tujuan kita datang kesini lagi dan lagi. Pendek kata motivasi dan tazkirah haji sentiasa di beri dari masa ke semasa sebagai peringatan kepada kita yang alpa dan khayal.
Adakalanya kita terbawa bawa dengan akhlak kita yg telah sebati dari Malaysia. Bukan senang untuk melayan diri untuk membaca quran, bersolat sunat dan berdoa. Tinggal di Mina dengan suasana mujahadah dan sempit semestinya perlu untuk kita membina kekuatan untuk beramal. Pendek kata diri sendiri perlu di.motivasikan juga. Dengan ruang yang sempit, disinilah ruang untuk solat, berdoa dan mengaji quran. Kita pandai pandai lah adjust....
Kadang kata perbualan perlu di jaga apabila bersama sama dgn cerita cerita kebesaran dunia. Eloklah dibanyakkan dakwah dan menceritakan tentang kebesaran Allah supaya matlamat haji itu tercapai...
Eloklah kita lihat dan muhasabah diri pada setiap masa agar matlamat haji mabrur itu di kurniakan Allah taala. Memang kita manusia biasa.....tetapi dengan usaha yang betul kita boleh miliki sifat sifat malaikat. Tapi usaha mesti ada......
Comments