Berniagalah Demi Mencari Keberkatan
Dulu dulu manusia datang menerjakan haji dari seluruh dunia dengan mengambil masa berbulan bulan. Meredah sungai dan belentara. Menyusuri pantai dan padang padir yang tandus. Dan mendaki bukait bukau dan gunung ganang. Mereka datang memanggil panggilan Ilahi atas dasar iman dan taqwa. Apa bila mereka tiba di kota mekah mereka telah di sedia kan dengan pelbagai kemudahan dengan percuma. Para peniaga bula atas hukum harus mencari keuntungan yang sekadar sahaja tetapi yang paling di intai ialah menumpang keberkatan jemaah haji di mana rahmat Allah di limpahkan di muka bumi. Dan para jemaah haji akan pulang dengan membawa berjuta2 rahmat ke kampung halaman.
Pernah srwaktu sku menunaikan umrah beberapa tahun yang lalu, apabila selesai saei untuk bertahlul, ada anak anak yang mengambil kesempatan untuk berniaga drngan caj 1 riyal pada setiap gunting. Aku terkejut. Lalu aku keluarkan gunting dan beri kidmat percuma pada mereka mereka yang ingin bertahlul. Tetapi sekarang sudah tidak kelihatan bebudak yg menjalankan busines ini.
Bila datang menunaikan haji, banyak perbelanjaan sampingan yang telah di goda. Ia bergantung kepada layanan nafsu yang di beri oleh kita. Makanan di sediakan oleh TH kecuali breakfast. Tetapi untuk makan di luar sekali makan mau rm15 hingga rm20. Semasa di mina, aku beli pisang montel sekilo rm15. Terkezut gua. Air minuman pun melambung naik. Tekan juga nafsu minum saja air yang di sediakan. Apabila keluar sahaja dari khemag mina berjenis jenis manusia yang berniaga barang2 hiasan, pakaian sembahyang dan macam macam lagi.
Apabila pulang sahaja ke hotel penginapan barang barang pun sudah naik harga. Dulu dobi untuk sepasang kain ihram baru 10 riyal. Tetapi dah naik 15 riyal. Air juice botol dulu 2 riyal dan sekarang 3 ryal.
Adalah paling afdal banyak kan masa di khemah atau masjid daripada di luar masjid takut focus ibadah tersasar. Godaan di luar memang dasyat. Aku pun tergoda juga....hihihi. Tapi tak hendak la nak kabo aku beli gapo kan. Jadi bawa lah duit lebih utk keselesaan dan untuk sedekah dan bayo dam. Lagi satu....nak calling calling anak dan keluarga pun mencabar juga. Nak keluar duit tak susah. Swipe je kad TH kuarlah duit tu.
Comments