Mabit di Muzdalifah

Setelah selesai wukuf di Arafah pada 9th Zulhijjah, tibalah masa untuk beredar ke Muzdalifah. Sebelum maghrib lagi bas no1 sudah bersedia untuk berlepas. Bas aku no57. Memang lambat lagi. Aku cepat2 bersihkan diri dan berwuduk untuk solat jamam tamam maghrib isya. Badan pada masa tu memang ke letihan. Semalam tak berapa boleh tidur sebab di ganggu nyamuk. Kadang tu aku libas je nyamuk ni. Rasanya dia sempat lari.

Pada jam sembilan malam kami terus menaiki bas untuk menuju ke Muzdalifah. Perjanan yang dekat tapi di dalam bas memang sesak macam bas mini wilayah. Mata pun rasa teramat mengantuk. Setiba di kawan Muzdalifah Malaysia orang dah ramai. Di sini sebaiknya kita mengutip 7 biji anak batu sebagai sunnah. Oleh sebab2 tertentu, aku kutip 80 biji, sebagai bekalan pada hari melontar pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Malam semakin melabuh dan jam di tangan sudah pukul 10. Ada lebih kurang 2 jam lagi tibanya separuh malam untuk bertolak ke Mina. Aku dengan isteri hamparkan tikar dan tidur terus di bawah keberkatan malam. Rasanya tidur aku nyenyak sekali sehingga di kejutkan oleh Khairul pada pukul 12 mlm. Ramai orang sudah berbaris menunggu bas tapi aku rasa perlu teruskan tidur ini. Pada pukul 1.00 mlm aku bangun dan beratur untuk menaiki bas. Seperti biasa bas sesak dan padat untuk ke Mina.

Di sepanjang jalan ramai sungguh manusia dari berbagai bangsa berjalan menuju ke mina untuk mencari keredhasn Allah. Ada juga manusia mengambil kesempatan untuk tidur di tepi tepi jalan dan di mana saja terdapat kawasan lapang.

Aku sunggu yakin bahawa Allah akan makbul kan segala doa doa kami yg kami lafazkan dengan penuh kusyuk bersama linangan air mata.....

Comments

Popular posts from this blog