Sabar Adalah Ibu Segala Perbuatan

Aku nak cerita skit perkara biasa yang akan tuan alami semasa di Arafah dan di Mina. Bagi aku sabar dan tawajjuh adalah ibu segala perbuatan. Perkaravyang aku nak sentuh adalah berkenaan dengan toilet. Kalau you all tengok cerita Bujan Lapok, begitulah lebih kurang keadaan. Tapi di sini situasi lebih hebat dan mencabar. Satu maktab ada lebih kurang 3000 jemaah haji lelaki dan wanita. Tapi toilet yang di sediakan hanya 40 buah sahaja. Maka pandai pandailah berurus masa dan diri supaya suit dengan suasana. Kalau nak komen memang macam macam tapi adalah baik kita bersabar dan redha.

Kalau kita kata kita seorang je yang sakit perut, ramai lagi yang macam tu. Oleh kerana yang beratur tu ramai, bila kita berurusan di toilet, terasa guilty untuk lama lama di dalam. Orang Kedah kata 'tersentot' nak kuar. Orang lelaki ni simple je. Gosok gigi, buang air dan mandi sekali gus jalan. Orang sekaran kata 3 in 1. 3 minit dah siap. Tapi orang puang leceh skit sebab dlm toilet tu lah nak siap, salin baju dan lain lain. Wife aku beratur sampai satu setengah jam baru dapat. Kadang tu ada orang tua dan uzur kena ikhram dan dahulukan walau kadang nafsu tentang.

Sebelum aku datang sini aku berdoa Allah mudahkan urusan toilet aku. Sejak di sini sudah 3 hari rasanya blom lagi buang yang no 2 tu...... Bila berbaris di depan toilet dslam suasana panas terus berzikir dan berdoa.

Selesaikan urusan toilet awal dan siap sedia sebelum azan waktu. Sembahyang jemaah sangat penting untuk di jaga. Ada juga hamba allah yang terbuang air di luar. Mungkin dah tak tahan sangat. Dan ada yang terpaksa masuk toilet berjemaah. You all ketawa? Hehehe.....inilah yang terjadi. Dont expect toilet selesa macam di rumah ye.

Masa aku keluar jemaah di Pakistan, India dan Bangladesh merentasi desa dan pendalaman, suasana toilet yang horror memang sudah menjadi perkara biasa....nak cerita detail nanti you all tak lalu makan pula.....

Oklah inilah sedikit coretan asam garam kehidupan semasa mengerjakan haji. Nanti aku update lagi ye.....

Comments

Popular posts from this blog