Borong Buku..

Semalam selepas solat Isya aku ajak wife pegi makan pizza di sawwa. Jam pun dan pukul 8.30 malam. Biasanya selepas makan kami pergi melawat kedai kedai sambil melontar riyal. Kali ini tumpuan akuvkepada sebuah kedai buku ni. Aku tak ada niat pun untuk beli sebab tak tahu apa buku buku yang ada. Aku pun ajak wifecmasuk kedalam sambil mata aku liar melihatxrak rak buku. Mata aku terus melirik dari satu baris rak ke baris yang lain.

Aku pun terpandang beberapa buku yang telah mencuri perhatian aku dengan tiba tiba. Aku terus message kepada Safwan samaada di perlukan buku buku ini. Lantas dia menjawap ya.... Aku pun beli sebagai hadiah hari jadi dia pada bulan depan.

Mata aku terus melilau dari atas ke bawah dan kiri ke kanan. Aku terpandang buku tentang Saidina Umar Alkattab dan Umar Abdul Aziz. Memang buku sebegini aku sedang mencari Alhamdullillah baru aku temui.

Tawar punya tawar aku pun setuju untuk membayar riyal 310 setelahbmendapat diskaun 60 riyal..

Comments

Popular posts from this blog