Journey to Madinah

Hari ini kami akan berangkat ke Madinah pada pukul 4.30 petang. Tawaf widak aku akan laksanakan selepas zohor. Lewat sikit pun tak apa lah. Semalam semua beg telah di turunkan. Semua dah kemas cuma nak naik bas je.

Sedih rasanya nak tinggalkan bandar suci Mekah. Bandar yang penuh dengan susah payah dan pengorbanan. Kota yang pertama di curahi hidayat dan cahaya keimanan. Kota yang bermulanya titisan darah dan airmata. Kota yang penuh dengan kisah sayu dan duka.

Hati ini merasa pilu untuk meninggalkan kota yang suci ini. Mana lagi tempat yang setiap amalan akan di ganjarkan dengan 100,000 ganjaran. Setiap amalan di lipat ganda sebanyak bilqairril hisap. Aku sedih sebab tidak dapat menunaikan adab adab masjid suci ini dan terlanggar pantang larang. Aku juga bersedih kerana tidak bayak masa di luangkan dengan ibadat zikir, solat dan tilawah alquran. Aku mengaku kelemahan diri ini dan seikhlasnya memohon agar Allah mengampuni kesalahan ini. Titisan air mata ini tak mungkin dapat mengganti masa yang berlalu melainkan dengan berkat dan rahmat Allah. Aku perlu renung sejenak dan terus berdoa semoga hidup ini tidak lagi di tipu syaitan dan aku memohon supaya hati ini tidak lagi di noda oleh dunia yang hitam. Aku berdoa semoga Allah kekalkan cahaya keimanan dan hidayat pada diri yang hina ini.....Allah hu akhbar walillah ilham...

Tetapi hati ini madih terasa gembira untuk menuju ke Madinah sebuah lagi kota suci dan mengunjungi pusara Nabi besar kita Muhammad saw. Aku memohon di beri kekuatan semoga dapat mengamal sunahnya yang memberi kejayaan dunia akhirat tanpa was dan ragu ragu. Aku ingin bermunajat di raudhah yang seperti taman taman syurga yang Allah janjikan segala permintaan.

Oh Allah.....kamu perlu berkorban untuk agama mu dan kami minta di jauhi kezaliman pada diri ini. Permudahkan lah perjalanan kami dengan taqwa dan munajat......aminn...

Comments

Popular posts from this blog