Mari Beribadah....

Sudah beberapa hari aku tak menulis. Bukannya tak ada idea, tetapi mood sudah hilang. Hilang sebab energy semakin berkurangan di sebabkan sakit tekak, batuk dan sakit kaki. Dua hari lepas pergi jumpa doktor untuk merawan tekak aku yang tak keruan. Alhamdullah dengan izin Allah sudah semakin berkurang. Kaki aku yang melecek pun sudah beransur pulih. Sekarang adalah masa untuk tambahkan amalan infradi dan umrah umrah sunat. Rugi kalau tak buat sebanyak mungkin.

Kerja haji memerlukan energy yang banyak. Banyak amalan nya berbentuk fizikal yang kita perlu lakukan. Di sini biar aku sebut satu satu sepaya tuan tuan lebih jelas.
1. Melontar di Jamrah - tempat melontar terletak sejauh 2 km dari khemah di Mina. Pergi balik sejauh 6 km untuk membuat satu pusingan. Melontar utk 3 jamrah sekejap je. Tapi masa utk pergi balik lebih kurang 2 jam.

2. Tawaf - untuk tawaf di tingkat kaabah sentiasa padat dan ketat. Kadang kadang terpaksa berhimpit2 terutama pada garisan hajarul aswad iaitu tempat bermula. Untuk tawaf yang lebih selesa boleh di lakukan di tingkat 2 dan bumbung. Tetapi memerlukan masa yang lama untuk habis. Satu pusingan dgn jalanan maklimah lenggang kangkong selama 10 minit. Kalau 7 pusingan mahu 70 minit. Satu pusingan lebih kurang 1km.

3. Saei - lorong saei di sefiakan 3 tingkat. Yang asal di bawah. Panjang lebih kurang 200m. Kalau 7 kali mahu 1.4 km lebih kurang satu jam.

Sementara menunggu waktu sembahyang seterusnya eloklah bertawaf sunat. Bila selesai masuklah waktu solat. Tuan tuan boleh rancang untuk bertawaf pada waktu waktu tak populat seperti selepas naik matahari dan tengahari. Waktu popular mmg ramai orang.

Bila di masjid Haram memang seronok melihat manusia dibuk beramal dan berkalwat dengan Allah taala. Tujuan untuk mencari keredhaan Allah agar dapat masuki syurga tanpa hisap. Ada yang berzikir. Ada yang bertadarus. Ada yang solat sunat dan ada yang berdakwah. Semoga dapat kita bawa amalan ini dalsm kehidupan seharian.

Aku sentiasa membawa spray bottle takut kalau kalau batal wuduk. Alhamdulillah so far ok je. Kadang mata letih hampir terlelap tapi susah untuk mencari tempat nak landing walau seketika.

Semoga tuan tuan yang belom sempat kesini, Allah akan izinkan pada waktu terdekat. Teruslah bertaubat dan berdoa.

Comments

Popular posts from this blog