Melontar Di Jamrah Pada 10 Zulhijjah...

Kami tiba di Mina lebih kurang pukul 2 pagi pada 10 Zulhijjah. Khemah masih lengang di ruang 100 to 112. Mata aku memang dah layu. Ada lagi 2 jam setengah sebelum aku mulai solat subuh. Aku buka tikar dan hambar sejadah, letakkan krpala terus belayar di alam mimpi. Oleh kerana mengantuk dan nyenyak sangat, tak ada pun aku bermimpi. Sedar sedar ada lagi setengah jam untuk subuh. Toleh kiri dan kanan sudah ada ramai orang fi sisi. Ruang tidur aku menjadi semakin sempit sebesar ruang kubur.

Hajat di hati nak ke toilet tapi aku rasa toilet mesti baris panjang termasuk wuduk. Jadi aku ambil botol pray air untuk berwuduk. Tak sampai secawan air pun dah siap. Jimat dan berkat. Lepas subuh aku sambung tidur. Zikir kita sambung lepas ni sebab mata dah tak boleh nak buka.

Kawasan perkhemahan di Mina tak sama seperti fi arafah tetapi tetap fungsi yang sama. Di situ lah solat, makan dan tidur. Semua ini ingatkan aku ijtimak tabligh yang selalu aku hadiri. Tetapi ijtimak tabligh tujuan untuk keluarkan jemaah di jslan Allah.

Jarak tempat melontar jamrah aqabah adalah 2 km dari perkhemahan. Tabung haji telah berikan waktu pada setiap maktab untuk melontar. Factor cuacacyang panas dan peak period di ambil kira juga. Selepas solat jamal tamam maghrin isyak, kami beramai ramsi pergi melontar ke jamratul aqabah, perjalanan yang memakan masa selama 45 minit. Sambil berjalan kami bertalbiah menyebut nama allah yang maha hebat dan agung.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami sangat sangat bersyukur kerana madih di beri ruang untuk hidup dan beramal. Di kesempatan ini marilah kita sama bertaubat atas segala kesalahan yang kita lakukan....

Comments

Popular posts from this blog