Beribadat Di Masjid Nabi....
Aku tiba di Madinah semalam pada pukul 10.30 malam. Perjalanan sejauh 400km memakan masa selama 6 jam 30 minit. Driver memang bawa bas slow bangat sampsi terhinjut hinjut. Apa boleh buat selain dari bersabar. Aku guna ayat power lagi. Pada hal 4 jam pun boleh sampai. Cakap pasal sabar, member aku CheMat cakap, kalau nak tinggal di Saudi memang kena banyak dan selalu bersabar. Iru pun kita dah kutip duit kasi kat driver.
Hotel memang best. Jauh beza sangat dari di Mekah. Alhamdulillah aku dapat bilik dua orang tak seperti di Mekah seramai 6 orang. Lepas tu ada free wifi lagi. Memang awesome. Aku boleh katakan taraf 5 star hotel. Dibawah pula banyak kedai yang sentiasa menanti lontaran rial dari jemaah haji Malaysia.
Subuh tadi dah solat di Masjid Nabi. Orang memang ramai sebab semua jemaah sudah tertumpu di sini. Tiada lagi ibadah Saei dan Tawaf. Cuma ibadat solat zikir dan tilawah. Melainkan masih lagi perlu bertawaf di kedai kedai yang banyak dengan jualan yang sentiasa menggoda.
Petang tadi aku pergi awal ke Masjid. Aku berniat untuk bertilawah sehingga isya semoga aku dapat katam quran sebelum pulang ke Malaysia. Selepas maghrib baru aku sedari yang aku tertinggal specs bacaan. Aku cuba baca juga tetapi tidak lagi mampu takut tersilap bacaan dan berdosa. Kemudian aku decided untuk menziarahi makan Nabi saw dan sampaikan salam dari sahabat sahabat aku.
Masjid nabi sekarang teramat besar. Aku terpaksa betulkan orientasi dan bertanya tukang cuci di mana arah makam tersebut. Aku cuba mengambil arah dari dalam masjid tetapi tiada excess untuk ke sana. Aku cuba mencari arah yang baik dan perlu lalui dari arah luar. Aku keluar dari pintu besar dan menuju ke arah tersebut tapi masyaallah......ramainya orang beratur untuk ke makam nabi. Aku terpaksa tangguhkan hasrat ini dan mencari waktu yang sesuai untuk ziarah kembali.
Apa yang aku perhatikan di sini terdapat amalan amalan seperti di zaman rasullallah saw iaitu dakwah, tilawatul quran, taklim taklum dan ibadat. Begitu tenang sekali manusia melakukan ibadat ibadat ini. Amalan amalan inilah yang perlu kita bawa ke masjid masjid kita bila balik dari haji.....
Comments