We Miss You
Ba, we miss you so much! İnilah ungkapan kata kata anak anak aku İkhlas dan Syahadan setiap hari apabila mereka menalipon aku. Sebenarnya aku pun merindui kamu semua. Insyaallah raya nanti Ba akan balik dan Ba akan peluk kamu erat erat dan Ba akan cium seluruh wajah kamu semahunya.
.
Sejak mereka berdua tahu number talipon aku di sini, mereka akan manalipn aku tanpa batas masa. Baik pagi, petang, malam dan bila bila sahaja apabila rindu merek terhadap aku datang mencengkam. Aku faham benar naluri dan perasaan anak anak aku ini. Minggu lepas Syahadah demam dan sakit tekan. Dia talipon aku dan negadu badan tidak sihat. Aku kata makan ubat dan dengar nasihat Doktor. Kalau badan masih lemah tak perlu ke sekolah. Berehat sahaja di rumah. Hari ini Ikhlas pula demam dan sakit tekak. Dia pun talipon dan beritahu baru sahaja pergi jumpa doktor dan perlu berehat.
.
Petang tadi talipon berdering lagi. Kali ini dia beritahu bahawa Umi jahat. Lantas aku tanya kenapa kata begitu? Dia jawap bahawa Umi kata dia macam murai. Aku faham mengapa İsteri aku bilang dia bagaikan murai, sebab dia suka bercakap dan terus bercakap sebab itu isteri aku kata dia macam murai.
.
Beginilah ragam anak anak aku. Kerja berjauhan dengan keluarga bukannya mudah kalau mental dan fizikal tidak bersedia. Isteri perlu beri sokongan yang kuat dan sama sama memberi semangat. Anak anak perlu di didik dengan disiplin dan macam macam lagilah. Anyway Ba selalu berdoa akan keselamatan dan kesejahteraan kalian semua di sana semoga sentiasa di lindungi Allah selalu. Dan jangan lupa untuk saling berdoa untuk Ba di sini ye.....Bye for now...I love all of you......muahhhhhh.....

Comments

Popular posts from this blog