Bob Beli Langsir Untuk Bertunang
.
.
Hari ini Bob pun ikut sama ke bazar. Dia kata dia nak beli langsir untuk kakak kakak dia untuk persiapan hari raya. Tapi aku syak bahawa sebenarnya dia beli sebab dia nak bertunang raya ni. Mungkin dia nak rahsiakan majlis tersebut dari mat mat kaki kepoh di camp ni. Aku tak lah kepoh tapi sebagai repoter tak rasmi ni biasa lah aku kumpulkan bahan bahan untuk di gossip pada hujung minggu. Jenuh dia nak pilih. Lepas satu satu di beleknya sebelum buat keputusan. Ala Bob...... ko beli pon tak sampai elun satu hari hang...... tu . masih lagi boleh pegang title bujang sihat terkaya di Asia tenggara. Oklah mai kita lihat apa yang terjadi di dalam kisah senario ini.
Pilih punya pilih akhirnya dia berkenan pada curtain tu. Maklumlah yang jual tu anak dara muda tratang tang. Tu dia siap sms kak kak dia yang mana satu berkenan di hati. Rupanya dia borong sampai 15 meter. Bahagi pada tiga orang kakak2 dia maka dapat lah seorang 5 meter. Maklum lah Bobo anak yatim. Sian pulak aku kat dia. So bila nak sambung majlis bertunang nanti kenalah rai kat rumah kakak2 dia semua. Lagi pun Bob anak bongsu tentu lah manja dan di tatang seperti minyak yang penuh tempayan.
Jenuh budak tu nak convert dari manat ke USD. pening kepala. Kalau nak bayar duit manat dh jadi jutaan dan banyak nak bilang. Cuba nengok siap ada calculator kat situ.
Inilah corak yang Bob berkenan tu. Dulu aku ada beli. Masa tu manat masih murah dan kalau beli pun masih murah sesangat. Sekarang semenjak manat dah naik maka harga barang pun menjadi mahal. Walau mahal tapi masih lagi murah kalau nak di bandingkan di Malaysia. Aku pun tak beli dah kot curtain ni sebab dah jadi mahal dan tak semurah dahulu.

Comments