Puppy Love
.
hari ini aku ke Bazar lagi. Kalau boleh nak cari teman untuk Lia. Puas pusing tak ada. Aku rasa mungkin dah tak ada lagi. Tak apa lah. So aku pusing lagi dan ternampak ada dua budak perempuan Russian sedang memegang beberapa ekor puppies. Aku terus ke arah mereka. Rupanya mereka menjual puppies tersebut. Semuanya bewarna hitam tapi susah benar untuk membezakan mereka. Kalau di uji kesemuanya dengan DNA pastinya memunyai pattern yang berbeza. Aku suka anjing. Tapi oleh sebab sebab tertentu aku tak akan mmbela mereka. Anjing adalah sejenis haiwan yang pintar dan taat kepada tuan mereka. Minggu lepas aku lhat ada juga orang menjual puppies. Tapi bukan jenis ini. Kalau tak silap aku seperti rodwieler sebab nampak montok dan besar. Lalu aku bertanya kepada dua buadak tersebut berapa harga. Mereka menjawap 500,000 ribu manat. Lebih kurang dalam RM100 sahaja. Murah kan. Lain kali bazar ini akan menjadi tempat untuk menjual pet. Kalau kucing persian aku dah beli makanya mereka akan berpendapat bahawa orang Malaysia suka kucing. Sekarang bila ke bandar aku akan beli ikan untuk di rebus dan di beri pada kucing aku disamping biskut mereka yang sedia ada.

Comments

Popular posts from this blog