Majlis Doa Selamat Sumatec
.
Hari ini kami lunch di ofis Sumatec sebab depa dah pindah ofis baru. Dulu depa tumpang kat ofis kita orang. So sempena nak ambil berkat kedatangan ramadhan yang mubarak dab berkat Chee decided anak buat majlis doa selamat dan kesyukuran. Baguslah Chee oi......sekurang kurang nya hang ingat juga tuhan. So soalan aku ni...... bila hang nak masuk İslam? Jangan takut pasai nak kena sunat tu...tapi kalau nak kena sunat tak sakit suruh lah si Puad tu tolong sunat kan. Puad bab potong memotong memang dia tersangt arif. Apa apa pun aku tetap dokan hidayat untuk hang semoga di tempatkan bersama sama dengan orang orang yang beriman dan beramal soleh.

Pukul 11.30 aku pun singgah kat ofis depa. Nampak Nazri dok sibuk rebus ketupat. Yang lain belum di masak lagi. hai...sempatke nak jamu org nak datang pukul 12.30 tengahari. nampak gaya Hamdan jugak yang kena buat semua. Dan....aku rasa elok hang ambil keje part time caterer and sewa periuk belanga. Dapat juga duit untuk belanja anak anak hang sekolah tu. Kalau aku memang la tak sanggup. Bab masak memasak ni rasa aku dah nak pencen. kalau ada mood baru boleh masak. Tambahan pula kalau masak dengan perkakas yang tak sempurna. Tension di buatnya.

Inilah dia masakan lemak kuning cili api ayam kampung. Siap order dari orng kampung sebanyak 15 ekor. Depa kata dari tengahari semalam depa dok kerjakan ayam2 kampung ni bersama sama dengan seekor kambing. orang sumatec pukul lapan baru terhegeh hegeh datang untuk menolong. Mujurlah ada Hamdan dan Puad yang baik hati. Tapi sebelum tu siap ajelah telinga dengan leteran mereka yang lezer bak bom nuklear. panas teliga tapi hati kena banyak sabo. Tak apa lah Nazri ko tu jenis muka tebal tak apa......hehehehe terkutuk ko sikit no. Kalau nak komen, komen aje pada ruang komen nanti ok. Nanti aku moderatekan komen hang.
İni kari kambing yang di masak oleh Hamdan. Aku tolong kacau aje sampai seluruh badan aku bau asap. Angin pula bertiup kuat sangat dan terpaksa hadang dengan papan kalau tidak nanti pasir hinggap dalam masakan tu. Sekali sekala aku tolonglah kacau.
Sian bebudak ni dok punggah papan dan kayu untuk jadikan bahan bakar. Tu la orang dah cakap siapkan siang siang lagi korang tk nak dengo. Kan si Puad dan Hamdan dah leter lagi kat korang. Cungkil kuat skit Haji oi...nampak sampai meneran tu apasal....hehehe jaga jaga nanti terkentut pulak masuk dalam kari kambing tu...baru lah khayal masa makan macam telan pil estacy tu.
Aku pun nak bergaya dan berlakon dok kacau kari kambing. Bukan senang nak ambil adegn semacam ni di sini. Ni yang di katakan sepakat membawa berkat.
Ini dia BBQ kambing resepi Puad. kalau orang local panggil 'Shashlik'. Tapi kita buat ramuan rasa Malaysia baru lah sedap skit. Ada pedas...ada manis dan ada rempahnya. Aku kalau bab nak bakar ni tak berapa nak reti tapi kalau nak makan no hal la. Fazis sebelah tu dok menyebok aje tu.......dia cuma pandai komen...mulut tu becok lebih dari Chef Wan.
İnilah dia sebahagian dari makanan yang di hidang kan. Tak adalah nak beradon. Simple simple aja. Janji boleh makan masuk perut kenyang.
.
Beginilah hidup kami di sini. Walau kami boleh bertekak atau argue dalam kerja tapi tak adalah nak emotioanal tak tentu pasai nak boikot majlis sana sini. Kit kena prolah dealing with people. jangan sebab kita tak setuju bab baba kerja. kita tak hendak bersosial lagi dengan kawan kawan di sini. Kira tak gentlemen la lagu tu. Kat sini pi mai pi mai jumpa muka tu jugak. Jadi yang penting hati mau ceria....dont worry be happy...

Comments

Popular posts from this blog