Mandikan Bobo dan Romario
Hari ini ku balik ke bilik dah dekat pukul 1.30 tengahari. Badan rasa bau asap dan melekit aje. Dah tu comot pulak tu. Ni semua sebab tolong dia orang masak kat ofis Sumatec. Ada kenduri sempena pindah ofis dan mungkin untuk sambut awal Ramadan dan hari merdeka juga.
.
Bila sampai bilik aku terus capai tul untuk mandi. Lalu aku lihat kucing kesayangan aku Bobo dan Romario sedang tido di atas katil aku. Lia pula asyik dok gigit telinga mereka berdua. Bila aku belek belek rupanya depa dua sejak duduk dengan aku belum pun mandi walau sekali pun. Lepas tu dah nampak tompok tompok kotor pada badan. Since lusa dah nak puasa dan esok aku akan terlebih sibuk, apa kata aku mandi kan mereka terus. Lia dah banyak kali mandi sebab Lia tak pandai nak mendandan diri sendiri. Bila berak aje mesti taik terpalit pada bulu. Lepas tu aku cepat cepat cuci atau mandikan terus.
.
So aku sediakan air panas dalam besen dan terus aku mandikan Romario dulu. Aku ingatkan mesti mereka meraung sakan dan kalau silap hari bulan mesti aku kena cakar. Rupa rupanya baik benar Romario ketika aku mandikan. Lepas aku bilas dan letak dia di sebelah, aku terus capai Bobo pula untuk mandi. Bobo pun sama diam aje dan nampak macam suka mandi pulak. Setelah selesai aku letak mereka di luar untuk keringkan badan. Kalau Lia aku keringkan dengan hair dryer tapi untuk mereka aku tak gunakan takut mereka akan bertambah takut dengan bunyinya dan silap hari bulan aku kena cakar percuma.
.
No wonder hari ni selepas mandi semuanya nampk letih termasuk lah aku ni......Apa lagi kami semua tidur dan bangun aje dah dekat pukul 6 petang.
Comments