Nisfu Sya'ban
Hari ini nisfu Sya'ban. Ramadhan dah semakin hampir. Alhamdulillah Allah beri aku kekuatan untuk selesaikan puasa aku ni. Nak buat amalan baik bukan senang. Perlu kekuatan dan hidayat. Kalau tak dapat hidayat sampai bila pun tak akan dapat buat sesuatu kebaikan dan kebajikan. Masa berbuka tadi rasa semua nak makan tapi bila dah mula berbuka tersa kenyang pula.
.
Semalam ramai yang berniat untuk berpuasa. Jadi bila ramai nak berpuasa seronok jugak sebab ada semangat sikit. Aku call rumah and wife aku beritahu yang dia dan anak anak niat untuk berpuasa. Wife aku kata puasa lah. Bukan senang untuk berpuasa sunat nisfu sya'ban sebab cuma setahun sekali dan untuk menunggu di tahun hadapan belum tentu tertunai. Aku pun terfikir ya tak ya jugak. Kata kata wife aku bagaikan memberi kekuatan tambahan untuk aku terus berpuasa. Lagi pun Ramadhan sudah semakin hampir. Eloklah buat persediaan dari awal lagi.
.
Aku bangun agak lewat hari ini. Zamri kata dia ketuk pintu aku pada pukul 4.15 pagi untuk bersahur. Entah macam mana aku pun tak dengar langsung. Tapi aku bangun juga sebelum pukul 5 dan terus minum air sejuk sahaja. Sudah jadi kebiasaan aku sahur dengan air sejuk sebab aku tak berapa lalu untuk menjamah makanan. Kalau waktu sahur di rumah, aku lah orang yang terakhir bangun ashur...hehehehe. Mengalahkan anak anak aku. Bila aku bangun rupa rupanya anak anak aku sudah selesai sahur. Apa lagi aku ambil air sejuk dan sebiji dua kurma dan itu lah sahur aku. Simple.
.
Aku bangun sudah dekat pukul sepuluh pagi. Jarng benar aku bangun lewat. Aku buka channel İtaly untuk lihat aksi Olympics. Roma, Bobo dan Lia dua kali lima masih lagi tidur. Aku bingkas bangun dan terus ke bilik air dan kemas apa yang patut sebab makanan kucing2 aku dah bertaburan. Mood tidur masih lagi menekan mat aku. Ahhhh...malas nya untuk mandi. Aku baru teringat yang aku berpuasa hari ini. Kucing2 masih belum makan dan perlu siapkan makanan mereka. Lepas mandi dan kemas bilik aku terus ke cafeteria untuk mencari makanan untuk kucing2 aku. Aku lihat Pokku di situ dan terus tanya aku puasa atau tidak. Aku angguka aje. Masa ambil ayam goreng untuk mucing2 tu aku nampak kari kambing semalam. Alahai nampak sedap nya. Memang tercabar betul tambahan pula dengan nasi lemak yang di hidang kan. Bila balik aku masıh terfikirkan lauk kambing itu dan seolah olah puasa aku hampir kecundang. Untuk menghalang godaan syaitan ini lebih baik aku sambung tidur aku.
.
Lepas aku baca buku aku terus tidur kembali dab bangun pada pukul 3 ptg. Alhamdulillah masa dah semakin lanjut dan aku perlu adakan beberapa rancangan untuk mengisi masa aku sehingga waktu berbuka. Aku capai tuala dan terus kebilik air untuk mandi. Sudah selesai, aku capai Quran yang perlu aku habiskan tu. Then aku teruskan jahitan aku sebab dalam masa dua minggu ini aku perlu siapkan segala projek aku yang masih tersengguk sengguk.
.
Berpuasa ni memang seronok terutamanya apabila nak berbuka. masa tu terasa sayunya dan tenang aje. Baru rasa nikmat yang Allah bagi selama ni take for granted aje........

Comments

Popular posts from this blog